SEPANYOL cukup terkenal dengan pelbagai destinasi pantai yang cukup indah dan menawan seperti di Majorca, Ibiza, Tenerife dan sebagainya. Keindahan pantainya juga membuatkan Sepanypol menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.ARTIKEL BERKAITAN: Dulu sarang penyeluk saku, kini Klong Ong Ang diserbu pengunjung Seperti dikebanyakan negara lain, Sepanyol juga tidak terlepas daripada cengkaman pandemik Covid-19 yang turut menjejaskan industri pelancongan negara itu. Meskipun masyarakat tempatan dibenarkan untuk bercuti dan melakukan aktiviti riadah di pantai namun baru-baru ini pihak berkuasa memperketatkan undang-undang berhubung penggunaan pelitup wajah. The Independent melaporkan semua tempat pelancongan, pelancong wajib memakai pelitup muka setiap masa termasuk jika mereka sedang berjemur di tepi pantai selagi mereka berada di tempat awam. Sepanyol mempunyai pelbagai destinasi pantai yang cukup indah. Pelitup muka hanya boleh dibuka ketika seseorang berada di tempat tertentu dengan menjaga jarak minumun 1.5 meter daripada orang lain. Selain berenang di laut, mask hanya boleh dibuka ketika mandi di kolam renang, sungai selagi menjaga SOP ditetapkan. Akan tetapi, peraturan baharu itu menjelaskan pengunjung tetap perlu memakai pelitup muka ketika berjalan-jalan di tepi pantai atau duduk bersantai di kafe atau bar terbuka. Wakil industri pelancongan Sepanyol, Jose Luis Zoreda memberitahu keputusan itu adalah penting bagi memastikan sektor perniagaan kembali pulih daripada ancaman Covid-19. "Ribuan pekerja dan perniagaan terancam ketika ini... Tidak mengapa kalau mereka mahu bersantai tetapi ikut peraturan kerana kami tidak mahu pantai yang indah ini bertukar menjadi kubur terbuka," katanya.