suria

Perancis buka pintu sempadan, hanya penerima 4 jenis vaksin dibenarkan masuk!

Perancis kembali membuka pintu kepada pelancong asing.

SELEPAS hampir dua tahun menutup pintu masuk, Perancis akhirnya kembali menerima kunjungan pelancong sejak awal Jun lalu.

Malah pihak berkuasa turut menarik balik syarat perlu melakukan ujian Covid-19 bagi penduduk di Eropah yang sudah divaksin sepenuhnya masuk ke negara itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Menara Eiffel kembali dibuka kepada pengunjung dengan protokol ketat

Namun bermula 1 Julai ini, pengunjung bukan dari benua Eropah masih perlu menyertakan sijil kesihatan digital yang menunjukkan sudah menerima suntikan vaksin dan melakukan ujian Covid-19.

Perancis juga turut mengklasifikasikan negara yang boleh masuk ke negara itu menggunakan kod warna berbeza berdasarkan situasi pandemik di sesebuah negara ketika ini.

Negara dengan kod hijau adalah tidak menunjukkan penyebaran virus aktif seperti Australia, Korea Selatan, Jepun, Lebnon dan Singapura.



Menara Eiffel yang lengang tanpa pelancong.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Manakala negara yang masih mempunyai kes aktif dan pelbagai varian diletakkan dalam kod merah seperti Argentina, Bahrain, Bangladesh, Brazil, Columbia, Nepal, Pakistan, Turki, Afrika Selatan dan sebagainya.

Pelancong dari negara Eropah yang telah divaksin dan tergolong dalam senarai negara hijau tidak perlu menjalani kuarantin atau ujian Covid-19 untuk masuk ke Perancis.

Sekiranya belum divaksin, mereka perlu melakukan ujian PCR atau antigen yang diambil dalam tempoh 72 jam sebelum penerbangan dan tidak perlu menjalani kuarantin.

Bagaimanapun, pengunjung dari negara kod merah masih dilarang masuk meskipun telah divaksin kecuali mempunyai alasan tertentu.

Pun begitu, mereka masih perlu melakukan ujian Covid-19 dan menjalani tempoh 7 hari kuarantin.

Paling penting, Perancis hanya membenarkan pelancong masuk ke negara itu sekiranya mengambil vaksin yang diperakui oleh European Medicines Agency (EMA) iaitu Pfizer, Moderna, AstraZeneca dan Johnson & Johnson.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain