suria

5 destinasi Instagramable di Malaysia yang boleh anda kunjungi selepas habis lockdown

BookXcess di Pulau Pinang cukup mengagumkan.

KETIKA ini kita mungkin tidak dapat melancong ke destinasi menarik di dalam negara disebabkan pandemik namun ini adalah masa terbaik untuk membuat senarai destinasi yang ingin dikunjungi nanti.

Sebenarnya Malaysia mempunyai pelbagai destinasi yang mempunyai landskap estetik dan Instagramable yang cukup disukai golongan milenial untuk dimuat naik di media sosial masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN: 40 resepi asli Minang... Ayam goreng bumbu, gulai tunjang antara menu memikat hati di Padang On Wheels

Tidak hanya di Kuala Lumpur, destinasi seperti Melaka, Langkawi, Pulau Pinang, Sarawak, Johor mempunyai pelbagai tempat menarik yang boleh dikunjungi.

Apabila sudah boleh merentas negeri nanti, apa kata masukkan tempat yang cukup Instagramable ini dalam senarai anda!

1. KL Tower Skybox

KL Tower Skybox yang terletak di Menara KL ini membolehkan anda melihat pemandangan Kuala Lumpur secara keseluruhan dan ia cukup menarik jika dapat dipaparkan dalam Instagram anda.

Di sini juga anda boleh menguji tahap keberanian untuk mengambil gambar di Skybox memandangkan ia kotak kaca yang tergantung di atas ketinggian 300 meter.

2. KL Forest Eco Park

KL Forest Park yang sebelum ini dikenali sebagai Nanas Forest Reserve, merupakan salah satu hutan di dalam bandar tertua di Malaysia.

Di tempat ini anda bukan sahaja dapat melakukan aktiviti riadah tetapi juga mengambil foto pemandangan hutan dan kota termasuk di jambatan gantungnya.

3. Astaka Morocco Putrajaya

Di Astaka Morocco, anda akan dapat merasai suasana seperti di Marrakesh. Bangunan yang turut dikenali sebagai Moroccan Pavilion ini dibangunkan sebagai tanda pertukaran budaya di antara Malaysia dan Morroco.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Jadi tidak hairan tempat ini mirip dengan ciri-ciri Morocco yang cukup mengagumkan.

4. BookXcess

BookXcess di Pulau Pinang ini sentiasa menjadi perhatian pengunjung yang gemarkan buku selain dapat bergambar untuk Instagram.

5. Penang City Hall

Penang City Hall merupakan bangunan bercirikan kolonial Inggeris yang terletak di tengah-tengah George Town. Rekaan gaya Inggeris memang sering menjadikan ia tumpuan pelancong.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain