suria

Cipta pengalaman percutian baharu selepas tamat pandemik! ‘Terbang’ ke Turki dan bermalam di hotel gua

Hotel gua yang unik dan mewah adalah pilihan penginapan terbaik bagi mencipta pengalaman baharu ketika bercuti ke Turki.

KALAU dengar je nama Cappadocia mesti anda akan terbayangkan pemandangan indah belon udara panas betul tak?

Di Turki pelbagai jenis hotel disediakan tapi bagi sesiapa yang sedang mencari penginapan atau hotel menarik dan unik anda boleh bermalam di Cave Hotel di Cappadoccia.

ARTIKEL BERKAITAN : Koh Samui antara 3 pulau popular Thailand kembali dibuka, tapi ada syaratnya

Pernah tak anda terbayang bermalam di hotel gua? Pasti anda antara kita yang menganggap ia seakan-akan seperti berada di zaman Flinstone iaitu zaman yang penuh dengan batu-batuan tanpa kemudahan fasiliti moden.

Jangan salah sangka, walaupun dipanggil hotel gua, tetapi hiasan dalaman dan servis yang ditawarkan masih moden dan bertaraf profesional.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Jadi bagi anda yang teringin nak bawa satu keluarga untuk datang ke sini, jangan teragak-agak!

Goreme

Bagi yang ingin merasa tidur dalam gua anda boleh cuba bermalam di Natureland Cave Hotel. Bayangkan anda menghabiskan waktu malam di ruang yang diukir daripada batu Vulkanik memang pasti anda dapat cipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Urgup

Urgup juga lebih kurang sama seperti Goreme. Bagi pasangan yang baru berkahwin dan sedang mencari tempat best untuk berbulan madu tempat ni memang sesuai kerana anda boleh menikmati hotel mewah dan restoran yang menyajikan makanan lazat.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Gamirasu Cave Hotel

Berada di pusat Cappadocia, Desa Ayvali hotel ini dulu merupakan sebuah rumah bagi para biarawan. Namun keunikan rekaan dalaman hotel tersebut membezakannya dengan hotel yang lain.

Terdapat 30 bilik yang disediakan bagi memudahkan pelancong membuat pilihan mengikut keselesaan.

Artikel Lain