suria

Ada sebab kenapa bantal di hotel lebih empuk dan selesa, jom ketahui rahsianya

Bantal di hotel cukup selesa dan empuk.

KESELESAAN menjadi salah satu perkara yang dipertimbangkan ketika memilih untuk menginap di sesebuah hotel. Salah satu perkara yang sering diberikan perhatian adalah bantalnya.

Meskipun dianggap remeh bagi sesetengah orang tetapi perkara kecil itu dapat membuatkan tidur dan waktu rehat di hotel menjadi lebih baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sahaja pencakar langit, Dubai kini miliki kolam renang paling dalam di dunia... Ketahui 10 fakta menarik Deep Dive Dubai!

Bagaimanapun kebanyakan hotel di dunia mengambil berat soal bantal kerana ingin memastikan pengunjung berasa selesa dan dapat menikmati waktu-waktu di tempat penginapan mereka dengan lebih nikmat.

Pernah anda terfikir mengapa bantal di hotel lebih empuk dan selesa? Berikut adalah beberapa rahsianya.

603c502025057

1. Jenis isi bantal

Meskipun semua bantal kelihatan sama namun ternyata bantal berbeza daripada segi isinya. Secara umumnya, bahan yang kerap dijadikan isi bantal adalah kekabu dan bulu angsa.

Bagi memenuhi permintaan pelanggan, pihak hotel biasanya menyediakan pelbagai jenis isian bantal sesuai dengan permintaan pelanggan.

2. Kualiti

Salah satu alasan mengapa bantal di hotel lebih empuk adalah kerana ia menggunakan kualiti terbaik agar pelanggan dapat berasa selesa.

60ec50bc36c7c

3. Kerap diganti

Bantal di hotel diganti dengan yang baharu secara rutin. Perkara ini dilakukan kerana kualiti bantal akan merosot seiring dengan waktu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sebiji bantal biasanya diganti setiap 12 ke 36 bulan bergantung kepada penggunaannya.

4. Kerap dibersihkan

Kebersihan adalah keutamaan bagi sesebuah hotel dalam memastikan pelanggan tidak mendapat bantal yang berbau dan sarungnya tidak bertukar.

Membersihkan bantal juga boleh membuatkan keempukan dan kelembutan bantal bertahan lebih lama.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain