AKTIVITI pendakian tidak hanya terbatas kepada gunung kerana semakin banyak jambatan yang dibuka sebagai lokasi pendakian. Australia sebagai contoh antara negara yang menawarkan pelbagai destinasi pendakian jambatan seperti di Sydney, Brisbane dan Perth.ARTIKEL BERKAITAN: Tak sangka... 5 destinasi ini tawar percutian termurah di dunia! Perasaan gementar dan gayat sudah pasti akan menyelubungi diri tetapi aktiviti ini selamat kerana setiap pendakian akan disertai oleh pendaki jambatan profesional. Di jambatan Sydney Harbour sebagai contoh, pendaki diwajibkan memakai pakaian khas selain dilarang membawa barang berharga semasa mendaki agar konsentrasi mereka tidak terganggu. Berikut adalah lima destinasi pendakian jambatan terkenal di dunia. 1. Jambatan Sydney Harbour, Sydney Australia Jambatan ini paling terkenal dalam kalangan pendaki jambatan dari seluruh dunia. Ia dibuka pada tahun 1932 dan sejak 23 tahun yang lalu, pelancong boleh mendaki jambatan itu. Sehingga kini, seramai empat juta sudah mendaki jambatan itu termasuk selebriti popular Oprah Winfrey, Robert De Niro, Pierce Brosnan dan ramai lagi. Ramai tertarik mendaki jambatan ini kerana dapat menyaksikan pemandangan indah Sydney seperti Circular Quay dan Opera House ketika berada di puncak. 2. Jambaran Story, Brisbane Australia Masih di Australia - jambatan Story menjadi pilihan pendaki kerana ia lebih pendek, cepat dan kosnya murah berbanding di Sydney. Bagaimanapun, ia masih memberi pengalaman luar biasa termasuk pemandangan indah sungai dan bukit di sekitar Moreton Bay. 3. Jambatan Matagarup, Perth Australia Jambatan Matagarup adalah jambatan penyeberangan sungai Swam dan merupakan ikon di Perth sejak ia disiapkan pada 2018. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Istimewanya mengenai jambatan ini, terdapat 314 anak tangga disediakan bagi memudahkan proses pendakian dan mengambil masa 90 minit untuk sampai ke puncak. 4. Jambatan Auckland Harbour, Auckland New Zealand Meskipun tidak sehebat Sydney Harbour, pendakian di jambatan Auckland Harbour juga menawarkan pengalaman luar biasa selain skydiving dan terjunan bungee. 5. Jambatan Arrabida, Porto Portugal Jambatan Arrabida adalah satu-satunya aktiviti pendakian di atas jambatan yang terdapat di Eropah dan ia adalah jambatan berbentuk melengkung terbesar di dunia. Seperti Sydney Harbour, di jambatan ini juga pendaki dapat melihat keindahan alam dari atas puncak jambatan. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!