PEMBUKAAN semula sektor pelancongan sememangnya telah lama kita nantikan setelah hampir dua tahun terpaksa terperuk dalam rumah akibat pandemik Covid-19. Terdapat banyak destinasi menarik ditawarkan di seluruh negara yang boleh dipilih mengikut kesesuaian, dan inilah masanya anda bersiap-siap untuk berkunjung ke lokasi percutian idaman atau destinasi tertentu yang mungkin sebelum ini tertangguh. ARTIKEL BERKAITAN: Tak mudah, 3 tahun baru dapat lengkapkan misi! Dua sahabat raih pengalaman berharga kembara ke Indonesia naik Vespa Ada yang sukakan percutian santai di tepi pantai, ada pula yang dambakan percutian di bandar dengan suasana ‘happening’ dan tak kurang juga yang lebih gemarkan aktiviti berjalan-jalan sambil cari makan. Tak kiralah jenis percutian mana yang dipilih, apa yang pasti rangkaian hotel Marriot dapat membantu dengan menawarkan segala impian anda! Menerusi kempen terbaharu hotel dan resort Marriott Bonvoy – Unlock Your Doors, Book Your Next Trip with Us (Buka Pintu Anda, Tempah Trip Seterusnya Bersama Kami), orang ramai diajak meninggalkan rumah buat seketika dan bercuti ke hotel-hotel pilihan di seluruh negara sambil menikmati kelebihan yang ditawarkan. Memahami kehendak pelancong tempatan, tiga segmen percutian akhir tahun telah dikenal pasti iaitu destinasi road trip, percutian pulau dan meneroka bandar. Momen perjalanan juga penting, bukan hanya destinasi Pernah dengar ungkapan ‘it’s not just the destination, it’s the journey’? Bagi yang rindukan percutian klasik road trip, inilah masanya untuk merancang laluan perjalanan, kemas pakaian dan seterusnya hidupkan saja enjin kereta anda untuk menikmati segala yang ada di sepanjang perjalanan anda menuju destinasi yang dituju. Anda bebas berhenti di mana-mana lokasi yang disukai, singgah minum kopi, membeli snek atau ‘jajan’ kegemaran dan meneruskan semula perjalanan. Semestinya aktiviti-aktiviti ini menjadi momen indah untuk anda, ahli keluarga atau rakan-rakan yang turut serta. Jika Pulau Pinang adalah destinasinya, Courtyard By Marriott yang terletak di tengah George Town, bandar raya yang tersenarai di bawah Unesco adalah pilihan tepat! Kedudukannya yang strategik membolehkan pelancong makan aneka makanan yang cukup sinonim dengan pulau ini, bermula dari nasi kandar hingga rojak pasembor. Pulau Pinang sememangnya menjadi senarai wajib bagi mereka yang gemarkan makanan tempatan. Kolam renang yang luas di The Westin Desaru Coast Resort. Bagi yang ingin ke selatan semenanjung, anda pasti tidak menyesal memandu ke The Westin Desaru Coast Resort, yang terletak di Desaru, Johor. Lokasi ini amat sesuai untuk mereka yang mahu ‘staycation’ meninggalkan hiruk pikuk kota dan mendambakan ketenangan dalam suasana selesa sambil menikmati pemandangan dan angin Laut China Selatan. Andai mahu memanjakan diri, Heavenly Spa by Westin adalah tempatnya! Suasana pantai yang mendamaikan di The Westin Desaru Coast Resort. Four Points by Sheraton Desaru yang akan mula menerima kunjungan tetamu pada 18 November ini juga menawarkan banyak aktiviti riadah dan rekreasi menarik pada harga yang hebat. Sekiranya bandar Johor Bahru menjadi pilihan anda, check in saja di Hotel Renaissance Johor Bahru yang menawarkan percutian mewah bertaraf lima bintang. Di sini, pengunjung pasti tenang di kamar yang selesa dan mewah, bilik mandi yang elegan, perkhidmatan ‘room service’ 24 jam dan akses mudah ke tarikan berdekatan seperti JB City Square, IKEA Tebrau, The Mall Mid Valley Southkey dan Legoland Malaysia. Berjemur di pulau dan nikmati angin pantai Anda peminat pulau? Mana lagi tempatnya yang boleh mencetuskan keterujaan kalau bukan Pulau Langkawi! Suasana makan istimewa di The Ritz-Carlton Langkawi. Menjadi destinasi wajib bagi pelancong tempatan, Aloft Langkawi yang terletak di Pantai Tengah menjadi salah satu tempat percutian santai sama ada di pantai atau kolam renang hotel. Di sini juga pengunjung boleh menikmati hidangan enak, koktel kraf dan ‘layan’ hiburan secara live di W XYZ Bar yang energetik. Bagi percutian sekeluarga, The Westin Langkawi Resort & Spa menyajikan aneka hidangan makanan tempatan dan antarabangsa. Empat kolam renang yang menghadap laut pasti menjadikan percutian ini bertambah meriah. Mana tidaknya, selepas sarapan anda sekeluarga boleh terus terjun ke kolam renang, begitu juga waktu petang. Alami percutian mewah dan eksklusif di The St Regis Langkawi. Namun jika anda mengimpikan percutian privasi dan mewah jauh dari suasana sibuk, sila berkunjung ke The St. Regis Langkawi. Sudah semestinya anda akan menikmati satu suasana lebih segar, privasi eksklusif dengan bilik mewah dan masakan inspirasi serantau. Mulu Marriot Resort and Spa Taman Negara Mulu di Sarawak yang disenaraikan sebagai Warisan Dunia Unesco, menjadi pilihan bagi mereka yang mencintai keindahan alam dan keunikan gunung serta gua batu kapur. Percutian tengah bandar pun best! Taman Botani Perdana antara lokasi yang boleh dikunjungi jika anda menginap di Th St. Regis Kuala Lumpur. Bercuti di tengah bandar sejak akhir-akhir semakin menjadi pilihan ‘kaki travel’. Berita baik untuk mereka yang mahu bercuti sambil meneroka bandar raya Kuala Lumpur, Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur yang ditutup sementara sebelum ini akan kembali operasi pada 1 Disember 2021. Kedudukan hotel yang strategik di tengah bandar raya, membolehkan banyak destinasi menarik dikunjungi dengan mudah seperti tempat makan, pusat beli belah serta bangunan pencakar langit. Di Le Meridien Kuala Lumpur pula, bagi setiap tempahan, anda boleh memulakan hari dengan sarapan aneka pilihan makanan untuk dua orang dewasa dan dua kanak-kanak. Keunikan Chinatown di Kuala Lumpur juga menjadikan destinasi ini sebagai salah satu tarikan pelancong. Jika anda meletakkan Chinatown dan kawasan sekitarnya dalam senarai, menginaplah di Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, ChinaTown. Splash Pool di Four Points by Sheraton Kuala Lumpur Chinatown. Melangkah keluar dari hotel, jangan lepaskan peluang berjalan-jalan menelusuri lorong-lorong yang sarat dengan elemen warisan, seni dan budaya yang mungkin anda tidak pernah bayangkan wujud di tengah bandaraya Kuala Lumpur sebelum ini. Terdapat sebuah lagi hotel di bawah rangkaian Marriott Bonvoy yang terletak di pusat bandar iaitu Element Kuala Lumpur. Hotel dengan ciri dan reka bentuk mampan ini terbina dengan gaya tersendiri dan suasana mesra alam dengan kemudahan penginapan suite satu, dua dan tiga bilik tidur, sesuai untuk konsep staycation. Masih dalam bandar, namun jauh dari kesibukannya, Putrajaya Marriott Hotel menawarkan pengalaman penginapan yang tidak akan dapat dilupakan dengan kelengkapan kamar serba mewah, pelbagai pilihan restoran dan spa dengan suasana damai. Swimming Pool @ Le Méridien Kuala Lumpur Menerusi pakej Earn, Eat, Enjoy, anda dapat menikmati sarapan untuk dua orang secara komplementari selain tawaran kredit hotel yang mana ia boleh digunakan pada bila-bila masa ketika penginapan, dengan setiap tempahan. Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran-tawaran di bawah kempen Unlock Your Doors, Book Your Next Trip With Us rangkaian Marriott, boleh layari https://hotel-deals.marriott.com/malaysia-unlock-your-doors/. Bagi mendapatkan kelebihan dari Marriot Bonvoy ini, daftar di https://www.marriott.com/loyalty.mi dan perolehi mata ganjaran bermula 14 September sehingga 12 Disember 2021. Rebut 1,500 poin bonus untuk setiap penginapan bermula pada hari pertama penginapan. Tebus poin terkumpul untuk memperolehi penginapan percuma, kad ganjaran, pengalaman eksklusif dan banyak lagi. Pendaftaran berakhir 28 November 2021. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI