suria

Memperkenalkan FACES, inovasi pertama dunia... pengecaman muka, pesan dan bayar semuanya dalam satu aplikasi

Memperkenalkan aplikasi baru memudahkan segala perjalanan udara pelanggan yang menggunakannya.

AIRASIA Super App melancarkan teknologi pengecaman muka pertama di dunia, menyediakan berjuta-juta pengguna aplikasi itu dengan pengalaman perjalanan penerbangan AirAsia digital dan tanpa sentuhan sepenuhnya.

Malahan, ia meningkatkan keselesaan dan keselamatan dan kesejahteraan dalam semua keperluan perjalanan dan gaya hidup anda.

Dikenali sebagai FACES, ia dilancarkan untuk perjalanan udara, sekali gus akan menjadikan AirAsia Super App sebagai platform sehenti yang mengenali pengguna serta-merta melalui pengecaman muka segera, memesan dan membayar dengan lancar untuk transaksi perjalanan dan gaya hidup dalam satu aplikasi.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia terokai pelancongan Islam sebagai strategi rancakkan kembali industri pasca pandemik

Ketua Pegawai Eksekutif Airasia Super App, Amanda Woo (tengah) bersama Pablo Sanz Salcedo (kanan), Ketua Pegawai Produk dan Teknologi AirAsia Super App; Javed Malik (kiri), Ketua Pegawai Operasi Kumpulan AirAsia; AirAsia Super App, di majlis pelancaran aplikasi itu di RedSation di Stesen Sentral Kuala Lumpur; baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Bo Lingam berkata, teknologi pengecaman muka telah mengubah kehidupan seharian kami, seperti pada telefon mudah alih.

"Walaupun syarikat lain mempunyai teknologi serupa, teknologi kami sememangnya yang pertama di dunia kerana ia bukan sahaja boleh digunakan untuk perjalanan udara.

“Sebagai syarikat penerbangan pertama yang memperkenalkan teknologi pengecaman muka kepada platform perjalanan dan gaya hidup digital kami, inovasi ini adalah hasil usaha berterusan untuk bukan sahaja membawa pengalaman penerbangan ke dunia baharu, tetapi menawarkan lebih kemudahan bagi keperluan gaya hidup seharian para pengguna.

"Kami telah menggantikan kad akses pekerja dengan teknologi FACES untuk mengakses keseluruhan kemudahan syarikat AirAsia.

Kini pelanggan boleh memesan, menempah, mengesahkan dan membayar semua produk dan perkhidmatan di Airasia Super App dengan hanya melakukan imbasan muka.

Dalam tempoh 12 bulan akan datang, FACES akan dilaksanakan di semua lapangan terbang di Malaysia.

Tumpuan kami seterusnya adalah di Thailand, Indonesia, Filipina dan semua pasaran utama lain yang kami kendalikan.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Super App, Amanda Woo pula, inovasi digital dan perkhidmatan kepada semua adalah bahagian penting dalam DNA pihaknya.

Katanya, pelancaran FACES pada AirAsia Super App adalah revolusi menyeluruh dalam penyelesaian pembayaran peneraju industri, sejajar dengan produk nilai tambah kami dalam perjalanan, gaya hidup dan teknologi kewangan.

"Ia juga boleh mendaftar masuk melalui pengecaman muka pantas pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja, dan menyelaraskan perkhidmatan penghantaran melalui pengesahan masa nyata dan penghantaran tanpa sentuhan, sekali gus memudahkan perjalanan di lapangan terbang," katanya.

Tambah beliau, pada masa hadapan, visi syarikat adalah untuk menyediakan tetamu dengan teknologi FACES bagi membolehkan mereka mendaftar masuk di hotel yang bekerjasama dengan AirAsia.

"Pasukan kami bekerja keras untuk menyepadukan teknologi pengecaman muka ini untuk mengakses keseluruhan teknologi kewangan kami dan ciri baharu AirAsia Super App.

"Teknologi pengecaman muka ini juga membolehkan kami menjadikannya lebih mudah dan selamat untuk berjuta-juta pengguna mengakses produk dan perkhidmatan, dan membantu kami meningkatkan perkhidmatan dan pengalaman pengguna kami.

"Semua pengguna Apl AirAsia di rantau ini boleh menggunakan aplikasi ini dengan mudah mendaftar untuk FACES dan tidak lama lagi mereka akan dapat menggunakan ciri ini dalam produk perjalanan dan gaya hidup dalam ekosistem kami yang sentiasa berkembang," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain