MENGEMBARA ke serata dunia pastinya budaya dan bahasa antara yang menjadi tumpuan. Sama ada kita melancong, belajar mahupun berurus niaga, pastinya komunikasi dititikberatkan di negara yang dikunjungi. Bukan semua negara menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama, termasuk Malaysia yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Menerusi analisis organisasi pelancongan dan latihan bahasa antarabangsa EF, Belanda dan Austria adalah yang paling mahir dalam bahasa Shakespeare itu. Bukan perkara baharu, orang Perancis sering mendapat reputasi buruk mengenai penguasaaan bahasa Inggeris mereka. Bagaimanapun, menurut laporan EF yang mengkaji seramai dua juta orang di 112 negara dan wilayah, menunjukkan di Eropah, Sepanyol menduduki tangga ke-33, manakala Itali (ke-35) yang tidak menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama. Jika melihat tahap penguasaan mengikut bandar, Paris menaikkan kedudukan warga Perancis apabila ibu negara itu berada di tempat ke-24, manakala Perancis ke-31 dalam rangking EF. Paris menaikkan kedudukan warga Perancis apabila ibu negara itu berada di tempat ke-24 dalam rangking EF. foto RELAXNEWS Dalam ranking terbaharu ini, Belanda menduduki tempat pertama untuk penggunaan bahasa Inggeris yang terbaik, manakala Austria menduduki tempat kedua, mendahului Denmark dan Singapura. Sementara itu, Jerman berada di tempat ke-11, dengan penguasaan bahasa yang lebih lemah daripada orang Belgium (ke-6), Portugis (ke-7) dan Croatia (ke-10). Walau bagaimanapun, keseluruhan orang Eropah telah meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris mereka, kerana tahap purata meningkat sebanyak enam mata setahun sejak 2011. Dalam ranking negara dan wilayah, Malaysia berada di kategori ‘kemahiran tinggi’ dalam senarai di tempat ke-28. Pada skala global, bahasa Inggeris jarang diamalkan di Iran, menduduki tangga ke-58. Ia merupakan destinasi yang menduduki ranking terakhir sekali gus menunjukkan bahawa bahasa Inggeris begitu jarang digunakan. Malah, Timur Tengah adalah kawasan yang paling rumit untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan lancar. Malaysia menduduki tangga ke-28 dalam laporan EF. foto s.s.kanesan/The star "Walaupun terdapat sedikit kemajuan sejak sedekad lalu, orang dewasa di bawah 25 tahun tidak bertambah baik sama sekali, yang membimbangkan bagi penduduk belia di rantau ini. "Selain itu, penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan wanita tidak setanding dengan lelaki. Tempat kerja adalah kunci dalam membina penguasaan bahasa Inggeris melalui latihan secara langsung dan melalui pendedahan. "Apabila wanita diketepikan daripada tenaga kerja, kemahiran mereka tidak berkembang," jelas EF dalam laporannya. Akhir sekali, kemajuan yang mantap bagi negara-negara Afrika Utara harus diberi perhatian. Buat pertama kali, syarikat pendidikan itu telah merangka satu 'panorama' dalam penguasaan bahasa Inggeris di benua Afrika. Ciri baharu tersebut menunjukkan bahawa kemahiran bahasa Inggeris semakin meningkat di Algeria, Tunisia dan Mesir. - AFP Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI