suria

Tak perlu lagi tempuh perjalanan berjam-jam, SKS Airways kan ada... jom 'terbang' ke Pulau Pangkor, Tioman dan Redang

SKS Airways mula beroperasi dengan penerbangan ke Pulau Pangkor, Perak pada Selasa.

DESTINASI pulau peranginan seperti Langkawi sentiasa menjadi perhatian pelancong tidak kira dari dalam dan luar negara yang inginkan percutian santai bersama keluarga atau rakan-rakan.

Sebenarnya di Malaysia terdapat pelbagai pulau yang menarik seperti Pulau Pangkor, Pulau Tioman dan Pulau Redang namun perjalanan yang jauh - memandu atau menaiki bas ke jeti sebelum perlu menaiki bot untuk sampai ke destinasi.

ARTIKEL BERKAITAN: Santai Yamch'a gabung hidangan 2 budaya... dim sum, nasi lemak ‘bibimbap’ memang terangkat!

Tapi nampaknya semua itu bukan lagi masalah - selepas beberapa bulan tergendala akibat pandemik Covid-19, syarikat penerbangan tambang murah terbaharu, SKS Airways mula melebarkan sayap ke udara buat pertama kali pada Selasa.

Penerbangan itu menuju ke destinasi pertama iaitu Pulau Pangkor yang juga sebuah pulau bebas cukai terletak di negeri Perak dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang di Selangor.

Selain Pulau Pangkor, SKS Airways turut menawarkan akses mudah untuk lawatan pulau-pulau (Island Hopping) dari Subang ke Pulau Redang, bermula 31 Januari dan ke Pulau Tioman dari Subang dan Lapangan Terbang Senai, Johor yang dijangka bermula pada suku kedua tahun ini.

file7jfi526trmhb8d3c9m8

Wee dan Rohman melihat keadaan pesawat sebelum berlepas ke Pulau Pangkor.

Buat masa ini tiada sebarang penerbangan komersial yang menuju ke tiga destinasi tersebut.

SKS Airways memulakan operasi dengan pesawat jenis Twin Otter yang terkenal di seluruh dunia kerana keteguhan dan kebolehpercayaan dengan keupayaan Short Take Off and Landing (STOL) yang sangat baik.

Pesawat itu juga turut membolehkannya mendarat dengan selesa di landasan udara pendek.

Twin Otter Turboprop yang boleh membawa 19 penumpang pada satu-satu masa sangat mudah dikendalikan, serba boleh dan salah satu pesawat paling fleksibel yang pernah dibina.

Sementara itu, Pengarah Urusan SKS Airways Sdn, Bhd, Datuk Rohman Ahmad berkata, sebagai sebuah syarikat penerbangan baharu, kemunculan SKS Airways bagi memenuhi permintaan perjalanan terpendam (pent-up travel demand) untuk perjalanan domestik.

Kata Rohman lagi, ia juga adalah sebagai permulaan bagi syarikatnya yang menawarkan perkhidmatan penumpang, kargo dan charter dalam menghubungkan Malaysia ke destinasi di Asean dan selatan China.

file7jfi50cull01i1brt9m1

Keadaan dalam pesawat yang selesa.

"Sebagai sebuah syarikat penerbangan baharu, kami aktif, tangkas dan fleksibel serta berkemampuan memanfaatkan sebarang peluang yang wujud.

"Kami juga menjangkakan dapat menarik minat golongan Gen-Y dan Gen-Z, keluarga dan pencinta alam untuk merasai pengalaman bercuti yang menarik dengan menggunakan penerbangan domestik," katanya.

Buat permulaan, Rohman berkata, terdapat 12 penerbangan berjadual setiap hari dengan kapasiti seramai 228 penumpang dan SKS Airways menawarkan tambang tetap bermula dari RM160 sehala.

Tambahnya, SKS Airways turut menggunakan sistem tambang tiga peringkat yang boleh dipilih oleh pengembara bergantung pada destinasi dan masa tempahan iaitu SKS Promo, SKS Lite dan SKS Plus.

Dalam perkembangan sama, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang turut hadir di majlis pelancaran syarikat penerbangan itu menyifatkan kemunculan SKS Airways sebagai indikasi positif pelanggan terhadap perjalanan udara terutamanya destinasi domestik.

Ini kerana katanya, menerusi tinjauan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) pada Oktober tahun lalu, sebanyak 60 peratus rakyat Malaysia lebih selesa memilih perjalanan udara domestik terutamanya dalam suasana pandemik.

"Saya percaya dengan perjalanan ke destinasi seperti Pulau Pangkor, Pulau Tioman dan Pulau Redang sangat dinanti-nantikan dan memberi nafas baru kepada semua pengendali pelancongan tempatan," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain