suria

Sunway Theme Parks adakan Mega Roadshow, tayangan perdana STP Studios antara tarikan... Jom rebut peluang promosi menakjubkan!

Mega Roadshow Sunway Theme Parks akan berlangsung sehingga 27 Februari ini.

SUNWAY Theme Parks yang menguruskan Sunway Lagoon, Sunway Lost World Of Tambun dan Sunway Lost World Hotel mengambil peluang berinteraksi secara dalam dan luar talian dengan rakyat Malaysia bersempena dengan acara Mega Roadshow yang diadakan sejak 17 sehingga 27 Februari 2022 ini.

Menerusi acara itu, Sunway akan mempromosikan pakej, tawaran dan promosi menakjubkan yang turut disertai oleh jenama-jenama tempatan yang disukai dan disokong oleh rakyat Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Jom bawa famili jalan-jalan... Ini 10 permainan paling sempoi di Genting Skyworlds Theme Park

Lebih 50 ejen pelancongan yang sah turut mengambil tempat dalam Mega Roadshow itu yang diadakan di tiga lokasi utama iaitu Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur, Aeon Mall Tebrau City, Johor dan Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang.

Mega-Roadshow-Keyart-FA (2)

Tiga lokasi utama Mega Roadshow Sunway Theme Parks.

Dalam pada itu, STP Studios merupakan platform terbaharu secara dalam talian yang akan ditayangkan mulai 18 Februari ini. Platform ini akan menampilkan pakej dan promosi yang menakjubkan.

Ia merupakan satu-satunya saluran di mana penonton di seluruh dunia boleh menyaksikan pelancaran produk terbaharu, info mengenai edutainment lebih mendalam dan membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk berinteraksi dengan Sunway Theme Parks.

STP Studios akan mula ditayangkan daripada 18 sehingga 20 Februari 2022 yang turut disertai oleh pemberian hadiah dan juga cabutan bertuah bernilai sehingga RM500,000. STP Studios akan bersiaran secara langsung pada setiap Jumaat jam 11 pagi.

Sunway Theme Parks Mega Roadshow dan STP Studios bekerjasama dengan jenama-jenama tempatan yang disayangi rakyat Malaysia: Sunway Pals, Sunway Property, Sunway Velocity Mall, Sunway Carnival Mall, Sunway Multicare Pharmacy, Hotel Sunway Pyramid, Hotel Sunway Velocity, Sunway Hotel Big Box, Sunway Traditional and Complementary Medicine (TCM) Centre, Sunway International Schools, Sunway eMall, Malaysia Airlines, Funko Pop oleh Sheldonet dan Komuniti Tukang Jahit (KTJ).

STPSTUDIO_MegaRoadshow

STP Studio akan bersiaran langsung di Facebook.

Jenama tempatan lain yang turut menyertai dan memberi dukungan dalam acara ini ialah Sports Direct dan CUCKOO. Acara ini turut mendapat sokongan dari Tourism Malaysia dan juga Amazing Sunway City Kuala Lumpur.

Sunway Theme Parks Mega Roadshow dan tayangan perdana STP Studios menandakan keyakinan dalam industri pelancongan domestik dan global.

Pengarah Eksekutif Sunway Theme Parks, Calvin Ho yang menguruskan Sunway Lagoon, Sunway Lost World Of Tambun dan Sunway Lost World Hotel berkata berdasarkan cadangan kerajaan baru-baru ini mengenai penarikan semula sekatan pelancongan antarabangsa mulai 1 Mac dan kehadapan, pihaknya optimis dengan pemulihan industri.

"Dengan berlangsungnya pameran ini, terutamanya tayangan perdana STP Studios, reaksi penonton akan mewujudkan satu kesedaran yang meluas tentang jenama Sunway Them Parks dan jenama-jenama dari rakan kongsi serta disokong oleh rakyat Malaysia," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain