suria

Melancong musim raya? Percutian domestik masih jadi pilihan, Thailand dan Singapura pula destinasi popular antarabangsa

Ramai mengambil kesempatan bercuti bersama keluarga pada musim perayaan.

MALAYSIA menduduki tempat teratas bagi destinasi percutian pada musim hari raya pilihan rakyat Singapura manakala perjalanan domestik pula menjadi keutamaan bagi rakyat di negara ini, Indonesia, Filipina dan India.

​Data tempahan daripada platform percutian digital Agoda menunjukkan bahawa Thailand dan Singapura merupakan destinasi paling popular di rantau ini, dengan Thailand yang mendahului negara lain, disenarai dalam destinasi lima teratas bagi semua negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Saksikan sendiri fenomena matahari tengah malam, luar biasa! Ini 6 senarai destinasi unik harus dikunjungi

Ini diikuti oleh Singapura, yang tersenarai dalam kedudukan lima teratas bagi negara Malaysia, Indonesia dan Filipina. Kedudukan Indonesia dan Malaysia adalah setanding, apabila kedua-dua negara tersebut masing-masing muncul sebagai destinasi percutian hari raya bagi dua negara lain.

​Bagi destinasi antarabangsa pula, warga Malaysia, Indonesia dan Filipina memilih destinasi yang beriklim lebih sejuk seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat.

main-travel

Aktiviti pelancongan kembali rancak selepas banyak negara kembali membuka pintu sempadan.

Warga India, sebaliknya memilih destinasi yang lebih panas, menjadikan Maldives sebagai pilihan pertama diikuti dengan Emiriah Arab Bersatu.

Perbandingan lanjut antara data tempahan sepanjang tempoh musim perayaan pada tahun 2019 dan 2022 menunjukkan peralihan dalam pilihan senarai 10 destinasi percutian utama bagi setiap negara.

Jepun adalah antara destinasi paling popular dalam tahun 2019, dengan menduduki tempat kedua destinasi kegemaran pelancong Filipina dan ketiga bagi pelancong Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Namun tahun ini Jepun terkeluar daripada senarai 10 teratas kerana negara ini masih ditutup kepada pelancong asing.

Destinasi kegemaran lain pada tahun 2019 seperti China dan Hong Kong juga tidak tersenarai dalam senarai 10 teratas tahun ini disebabkan oleh penutupan sempadan yang masih berkuatkuasa.

The Marina Bay Sands hotel and resorts (L) and the ArtScience Museum (R) are illuminated under the evening sky in Singapore on March 8, 2019. (Photo by ROSLAN RAHMAN / AFP)        (Photo credit should read ROSLAN RAHMAN/AFP via Getty Images)

Singapura antara destinasi pilihan.

Ini menunjukkan bahawa negara yang melonggarkan kawalan sempadan dengan segera akan memperolehi ketibaan lebih ramai pelancong antarabangsa dalam tempoh perayaan ini.

Sementara itu, destinasi-destinasi yang menjadi pilihan ramai tahun ini juga menunjukkan minat para pelancong untuk bercuti lebih jauh, dengan negara seperti Perancis, Turki, Jerman dan Emiriah Arab Bersatu muncul sebagai pilihan destinasi utama.

Switzerland, yang dikenali ramai dengan kemewahan coklat susu dan keindahan pemandangan alpine, telah memasuki senarai 10 teratas bagi semua negara.

Tambahan pula, bulan Mei adalah masa yang popular dalam kalangan pelancong kerana dua minggu pertama bulan tersebut mempunyai tiga hari cuti umum iaitu Hari Pekerja (1 Mei), Hari Raya Aidilfitri (3-4 Mei) dan Hari Wesak (16 Mei), menandakan peluang keemasan untuk keluar bercuti.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain