BUKAN sekadar dapat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri selepas dua tahun tidak berpeluang untuk berbuat demikian, pastinya ramai juga yang merancang percutian bersama keluarga dalam dan luar negara. Bagi memudahkan perancangan percutian, Traveloka memperkenalkan kempen 'Raya Sana-Sini' menerusi Traveloka travel superapp bagi memudahkan pengguna merancang perjalanan yang selamat, lancar dan berpatutan! ARTIKEL BERKAITAN: Umai, terung asam kini lebih ‘nyaman’dengan sentuhan fusion... Segalanya ada di Kuching Bandar Raya Gastronomi Unesco Apa yanf lebih menarik, dengan tempahan melalui superapp Traveloka, pengguna layak mendapat pengecualian cukai memandangkan ia berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (Motac). Pengurus Besar (Malaysia) Traveloka, Angelica Chan berkata, menjadi kewajiban pihaknya sebagai salah satu superapp pelancongan terkemuka di negara ini untuk membolehkan semua rakyat memanfaatkan perayaan kali ini selepas tidak dapat pulang ke kampung selama dua tahun. Pengurus Besar (Malaysia) Traveloka, Angelica Chan. "Hari Raya adalah salah satu sambutan yang paling diraikan di Malaysia, dan kami berharap melalui superapp kami, kami dapat membantu rakyat Malaysia mencipta kenangan terbaik bersama rakan dan orang tersayang," katanya. Dalam pada itu, Chan menjelaskan salah satu ciri-ciri unik superapp Traveloka adalah kemudahan menempah penerbangan pada syarikat penerbangan berbeza bagi perjalanan pergi dan balik. Ini bertujuan untuk memperkasakan pengembara untuk menikmati fleksibiliti dan nilai daripada laluan perjalanan udara pilihan mereka, mengikut keperluan peribadi mereka. "Perjalanan pergi dan balik mereka tidak dihadkan kepada sebuah syarikat penerbangan sahaja," katanya. Pelbagai promosi menarik diperkenalkan Traveloka bersempena musim perayaan ini termasuk menyesuaikan pelan perjalanan dengan keperluan gaya hidup dan pelbagai pilihan tawaran, tidak kira pengangkutan, penginapan ataupun pengalaman gaya hidup seisi keluarga. Pelbagai promosi menarik di Traveloka superapp. Sementara itu, aktres Diana Danielle yang juga duta Traveloka memberitahu, tahun ini merupakan tahun untuk berhubung semula dengan keluarga dan orang-orang tersayang. Kata Diana, superapp perjalanan Traveloka memberikan pengalaman yang lancar, selamat, mudah dan lebih bernilai untuk setiap ringgit. "Melalui Traveloka, pengguna boleh menempah penerbangan pergi dan pulang dari destinasi mereka dengan syarikat penerbangan berbeza. "Ini amat penting bagi mereka yang mempunyai keluarga besar dan keluarga yang mempunyai anak kecil serta ibu bapa yang sudah tua. Fleksibiliti dalam jadual, kemudahan dan harga akan benar-benar menjamin pengalaman perjalanan yang indah," katanya. Bagi mereka yang mahu merancang percutian pada musim perayaan ini, boleh menggunakan kod kupon Duit Raya TVLKRAYA550 dan layak mendapat diskaun tambahan sehingga RM120. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI