suria

Saksikan sendiri fenomema matahari tengah malam, luar biasa! Ini 6 senarai destinasi unik harus dikunjungi

Aktiviti mengejar Cahaya Utara dan menyaksikan Bulatan Artik wajib dimasukkan ke dalam jadual perjalanan anda.

SELEPAS lebih dua tahun menantikan pembukaan semula sempadan antarabangsa, rakyat Malaysia kini akhirnya dapat bercuti ke luar negara.

Dengan adanya kebenaran merentas sempadan antarabangsa bagi warga Malaysia yang menerima vaksinasi lengkap, sudah tiba masanya untuk membersihkan sesawang di atas beg bagasi.

Ayuh keluar bercuti ke destinasi idaman, bersantai bersama orang tersayang di luar negara atau sekadar berehat seketika daripada kesibukan kehidupan harian.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu kembara solo tapi kurang yakin? Ikuti 10 tip ini untuk pengalaman menyeronokkan!

Agoda menyenaraikan beberapa destinasi menarik untuk dijadikan inspirasi bagi mereka yang merancang ke luar negara.

1. Hot air balloon ride over the Valley of Queens at Luxor, Egypt

1. Mesir – Anugerah Sungai Nil

Pengembara yang ingin mendaki puncak tertinggi di padang pasir atau mengunjungi tapak peninggalan tamadun yang tertua di dunia boleh berbuat sedemikian dengan mudah tanpa perlu menunjukkan keputusan negatif Covid-19, dengan syarat anda mempunyai sijil vaksinasi.

Ketika berada di negara yang terkenal dengan Pyramid Giza ini, jangan lupa untuk mengunjungi Laut Mediterania, Laut Merah dan pasar Khan el-Khalili yang terkemuka.

Antara aktiviti-aktiviti yang wajib dilakukan di sana adalah bersiar-siar di Sungai Nil dengan menaiki felluca, kapal layar tradisional yang diperbuat daripada kayu, dan menaiki belon udara panas di Luxor.

Para pengembara juga boleh melawati Sahara el Beyda, sebuah taman negara padang pasir putih, atau melakukan perjalanan ke Hurghada untuk menyaksikan pelbagai hidupan laut di Mesir – dengan menaiki kapal selam atau menyelam skuba. Jika anda ingin mendalami kebudayaan yang halus di negara ini, anda harus kunjungi Muzium Mesir di Kaherah.

Semasa di Mesir, anda boleh memilih daripada pelbagai jenis tempat penginapan yang ditawarkan oleh Agoda seperti Concorde El Salam Hotel Cairo, Kempinski Nile Hotel dan Al Masa Hotel.

2. World Trade Centre, Manama, Bahrain

2. Bahrain – Rahsia terbaik Timur Tengah

Negara pulau yang terletak di Teluk Parsi ini membenarkan kemasukan pelancong tanpa ujian PCR sebelum berlepas selain tidak mengambil kira status vaksinansi anda.

Terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti yang mengujakan bagi para pelancong di Bahrain. Kunjungilah Rumah Al Jasra and Muzium Al Bahrain untuk mendalami sejarah dan tamadun yang kaya di negara ini.

Di Manama Souq, anda boleh dapatkan rempah-ratus, cenderahati serta manisan yang enak untuk dibawa pulang.

Cubalah hidangan tradisional Bahrain seperti Machboos, daging atau ikan yang disajikan dengan nasi berempah atau Muhammar, nasi manis kurma, yang boleh didapati di serata pulau tersebut.

Luangkan masa untuk menyelam di taman tema bawah air yang terbesar di dunia, Dive Bahrain, dan berkayak serta menikmati sukan-sukan air yang lain di Pulau Nurana.

Semasa di Bahrain, anda boleh memilih daripada pelbagai jenis tempat penginapan yang ditawarkan oleh Agoda seperti Panorama Hotel, Atiram Jewel Hotel Bahrain dan Gulf Hotel Bahrain Convention and Spa.

3. The charm of Byblos port, Lebanon

3. Lubnan – Bersaiz kecil tetapi tidak kurang hebatnya

Para pelancong yang menerima vaksinasi lengkap tidak memerlukan ujian PCR sebelum berlepas ke Lubnan, dengan syarat dos kedua atau ketiga diterima sekurang-kurangnya enam bulan sebelum memulakan perjalanan.

Anda hanya perlu memuat naik sijil vaksinasi ke laman web Kementerian Kesihatan.

Dengan adanya kepelbagaian geografi di negara ini, Lebanon menawarkan pelbagai tarikan seperti pemandangan indah, sejarah dan seni bina yang kaya, dan makanan yang lazat untuk menjadikan percutian anda sesuatu yang sukar untuk dilupakan.

Terokailah salah satu kuil Greco-Roman yang dijaga rapi, Baalbek – Kuil Bacchus, hutan pokok cedar Lubnan di daerah Chouf di Gunung Barouk, dan juga Istana Beiteddine yang dibina pada abad ke-18.

Naikilah bot di Byblos untuk menikmati pemandangan matahari terbenam di kawasan kelahiran tamadun Pheonisia.

Anda juga boleh melawat gereja dan biara lama di Lembah Qadisha dan pencilkan diri anda dari dunia luar.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Air Terjun Batara Gorge yang mempunyai ketinggian 255 meter dan mengalir ke Balaa Pothole, sebuah gua batu kapur zaman Jurasik.

Semasa di Lubnan, anda boleh memilih dari pelbagai jenis tempat penginapan yang ditawarkan oleh Agoda seperti Burj On Bay, Lancaster Raouche Hotel dan Le Commodore Hotel.

4. Lavender fields of Provence, France

4. Perancis – Kota cinta

Anda impikan suasana di kubu dan perkampungan ala kisah dongeng? Usah berangan-angan lagi kerana Perancis dibuka tanpa sekatan kuarantin untuk pelawat yang menerima vaksin lengkap!

Apabila berada di destinasi yang paling romantik di dunia ini, anda seharusnya mengunjungi Menara Eiffel, bersiar-siar menaiki bot di Sungai Seine, mengunjungi Mont-Saint-Michel, atau berjalan-jalan di Kuarter Lama di Paris.

Perancis menawarkan lebih banyak lagi pengalaman menarik selain daripada ini. Berlari di padang bunga Lavender di Provence.

Saksikan keindahan banjaran French Alps dari helikopter, bersiar-siar di Dijon – sebuah kota pejalan kaki di mana kereta tidak dibenarkan, jelajahi ladang anggur di Burgundy dan terokai Lyon, sebuah bandar yang terkenal dengan makanan yang enak.

Semasa di Perancis, anda boleh memilih daripada pelbagai jenis tempat penginapan yang ditawarkan oleh Agoda seperti Villa Opera Drouot Hotel, Victoria Palace Hotel dan The Hoxton - Paris.

5. The pure white travertine terraces of Pamukkale

5. Turki – Negara empat musim

Para pelancong dari serata dunia yang menerima vaksin lengkap dialu-alukan ke negara Turki tanpa memerlukan ujian RT-PCR.

Mereka hanya perlu mengisi Borang Ketibaan Pelawat sekurang-kurangnya empat hari sebelum ketibaan di Turki.

Turki merupakan satu destinasi yang sempurna untuk meneruskan semula perjalanan pasca-pandemik. Tarikan utama di negara ini adalah kepelbagaian pengaruh budaya dari Asia, Eropah dan Timur Tengah, dan keindahan alam semula jadi yang sukar untuk dilupakan.

Bersantailah di kolam air panas di Tasik Pamukkale, di mana kejadian teres batu travertine berwarna putih menjadikan kawasan yang hijau kelihatan seolah-olah dilitupi salji.

Terokai juga salah sebuah kota yang tertua di dunia, Konya, yang telah didiami sejak abad ketiga sebelum Masehi, dan Kaymakli – sebuah kota bawah tanah di Wilayah Anatolia Tengah di Turkey.

Tidak ketinggalan, naiki belon udara panas untuk menyaksikan keindahan lembah-lembah batu di Cappadocia; dan berehat dengan mandian tradisional Hamam.

Semasa di Turki, anda boleh memilih dari pelbagai jenis tempat penginapan yang ditawarkan oleh Agoda seperti The Marmara Taksim Hotel, Bricks Hotel Istanbul dan Hotel DeCamondo Galata.

6. The Arctic Cathedral is the beacon of Tromsø’s, Norway

6. Norway – Negara matahari tengah malam

Pintu masuk ke Norway dibuka tanpa sebarang sekatan seperti ujian, vaksinasi, kuarantin dan borang ketibaan!

Jika anda sedang merancang untuk bercuti di Norway, aktiviti mengejar Cahaya Utara dan menyaksikan Bulatan Artik wajib dimasukkan ke dalam jadual perjalanan anda.

Selain daripada fenomena yang mempersonakan di langit ini, negara Skandinavia ini juga mempunyai kawasan pergunungan, glasier, muzium, dan pelbagai aktiviti lagi untuk dinikmati.

Anda boleh mendaki ke puncak Gunung Floyen, berketinggian 399-meter dengan pemandangan bandar yang terbaik dari puncak, jelajahi wilayah Geirangerfjord, sebuah Tapak Warisan Dunia Unesco yang terkenal dengan pemandangan Norway yang bersalji, nikmati keindahan seni bina Arctic Cathedral, dan kunjungi lubuk pusar yang terkuat di dunia, Saltstraumen Maelstrom.

Semasa di Norway, anda boleh memilih daripada pelbagai jenis tempat penginapan yang ditawarkan oleh Agoda seperti Radisson Blu Plaza Hotel Oslo, Hotel Continental dan Clarion Hotel Oslo.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain