suria

Mahu kembara solo tapi kurang yakin? Ikuti 10 tip ini untuk pengalaman menyeronokkan!

Kesunyian adalah sesuatu pengalaman yang dicari bagi pengembara solo

MELANCONG merupakan satu terapi setelah penat dan stres bekerja, selain aktiviti yang menyeronokkan.

Bagaikan trending, ramai yang kini lebih suka untuk melakukan pengembaraan secara solo berbanding berkumpulan.

Ia menjadi pilihan kerana mereka menyifatkannya lebih mudah dengan hanya merancang untuk diri sendiri sepanjang percutian.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Sydney, AirAsia X sambung semula penerbangan ke Seoul dan New Delhi

Dalam berseronok mengembara secara solo, aspek keselamatan juga seharus diberi perhatian agar percutian menjadi lebih terancang dan bermakna.

Ikuti 10 tip ini sebelum memulakan pengembaraan anda!

Beautiful young woman in a hat with a cup of tea sitting in a cafe looking at

1. Biasakan diri

Kesunyian adalah pengalaman yang dicari bagi pengembara solo. Malah, norma ini merupakan tindakan untuk bersendiri dalam tempoh yang panjang.

Sebelum memulakan pengembaraan solo, cuba untuk meluangkan masa bersendirian. Ini dapat membantu anda mengawal emosi dengan lebih baik dan membiasakan diri bersendiri.

Ambil masa selama sehari dengan melakukan aktiviti seperti membaca buku di kafe atau pergi ke restoran tanpa ditemani orang lain.

Anda akan sedar bersendirian bukanlah aktiviti yang menakutkan, malah ia bagus untuk dipraktikkan sebelum memulakan pengembaraan solo.

solo travel safety

2. Jangan ambil risiko

Apabila bersendiri, keselamatan merupapakan paling utama untuk memastikan anda kekal rasional dan berwaspada setiap masa.

Walaupun risikonya rendah, ada kalanya orang sekeliling anda menjadi sangat mesra dan membantu.

Namun, sentiasa berhati-hati bagi mengelakkan diri dengan sebarang masalah.

Beranikan diri untuk mencuba benda baharu tetapi pada masa sama, jangan terburu-buru dalam situasi yang membahayakan, lebih-lebih ketika bersendirian.

Just 21 Genuinely Helpful Tips For Anyone Who Travels Alone

3. Cari kenalan

Kembara solo tidak bermaksud anda hanya melakukan pengembaraan seorang diri semata-mata.

Terdapat pelbagai cara untuk mencari sesiapa yang boleh menyertai anda jika anda ingin mempunyai teman ketika mengembara. Mempunyai teman baru boleh membuatkan anda berkongsi pendapat dan pengalaman baru.

Cuba untuk menempatkan diri dalam kumpulan pelancong yang memfokuskan untuk golongan pengembara solo.

Anda juga boleh membuat carian di Facebook khas buat pengembara solo atau tinggal di hostel di mana boleh berjumpa kenalan baharu.

man-train-travel-alone-1

4. Atasi rasa takut

Menurut Theodore Roosevelt, 'setiap kali menghadapi ketakutan, kita akan memperoleh kekuatan, keberanian dan keyakinan diri dalam melakukan apa-apa.'

Apabila anda keluar dari keselesaan hidup, letakkan diri anda dalam pengalaman baharu dan mencuba sesuatu di luar kebiasaan anda. Anda akan mempelajari sesuatu daripadanya.

Dengan mengatasi semua ketakutan, anda boleh belajar sesuatu yang menakjubkan tentang diri sendiri.

Anda juga menyedari kebolehan baharu yang tidak pernah anda jangka dapat melakukannya sebelum ini.

623c107316c530118a0b0eb0_best-reasons-to-travel-solo

5. Buat kajian

Semakin banyak anda membuat persediaan, semakin tinggi keyakinan diri apabila berada di lokasi destinasi pilihan.

Buat kajian tentang mata wang tempatan dan kadar pertukaran, alternatif pengangkutan awam dan idea kasar tentang bagaimana keadaan bandar tersebut

Berbekalkan segala informasi ini, anda boleh mengelak daripada kemungkinan untuk sesat dan keluar dari situasi selesa.

Ia secara tidak langsung, anda boleh bergembira dengan pengembaraan solo anda!

top-tips-to-choose-the-best-affordable-hotel-firstparagraphimage6112017122247

6. Tentukan penginapan

Kemudahan yang anda pilih haruslah berada di lokasi yang selamat dan boleh mencipta pengalaman menarik.

Jika anda berharap untuk berjumpa kenalan dari pelusuk dunia, penginapan di hostel adalah tempat yang terbaik untuk berkenalan mereka selain tidak akan berasa sunyi.

Bagaimanapun, jika anda mahu bersendiri, buat semakan beberapa penginapan sebelum membuat pilihan. Ini membolehkan anda mengetahui perbezaan harga dan sebaik-baiknya memilih lokasi di tengah-tengah bandar.

Walau apapun yang anda pilih, pastikan untuk meneliti ulasan warganet secara dalam talian supaya anda mengetahui serba sedikit dan maklum balas mengenai penginapan tersebut.

young-woman-talking-with-friends-during-video-call-through-mobile-phone-in-forest-EBBF04539

7. Sokongan orang terdekat

Keliru ketika mengembara boleh berlaku, maka dapatkan sokongan daripada keluarga atau rakan-rakan. Pastikan anda memberitahu segala rancangan pengembaraan dan kalau anda berasa sunyi, hubungi mereka.

Kemungkinan anda berasa penat dan inginkan motivasi daripada orang terdekat.

Jauhkan diri daripada mereka yang memberikan kata-kata negatif kerana anda hanya memerlukan persekitaran dan suasana yang positif serta sokongan padu.

8. Tingkat kesabaran

Pengembaraan akan mengambil masa untuk menggembirakan anda, jadi buang segala tekanan yang anda letakkan ke atas diri anda.

Sebagai cadangan yang bagus, bermula hari pertama lagi anda boleh mencari keserasian diri seperti berjalan-jalan atau menempah lawatan dalam bandar untuk melihat keadaan sekeliling.

GettyImages-1337284161-2400x1440

9. Manjakan diri

Lengkapkan pengembaraan dengan perkara yang disukai anda dan melakukannya dalam keadaan yang tenang. Aktiviti memanjakan diri lebih diperlukan sekiranya anda gelisah atau berasa kesunyian.

Lakukan aktiviti yang boleh menenangkan anda bagi mengembalikan mood anda yang lebih ceria.

Perkara tersebut sangat mudah untuk dilakukan seperti menghirup secawan teh, bersantai di tepi sungai, membaca buku atau menempah slot di spa. Gembirakan hati anda dengan cara tersendiri!

10. Cari kebiasaan

Apabila anda berada di destinasi yang baru dikunjungi, adalah lebih baik mendalami budaya tempatan seperti mencuba makanan tempatan, bercakap dengan penduduk setempat dan eksplorasi ke tempat baharu.

Walaupun anda suka mencuba perkara baharu, kadang-kadang anda hanya memerlukan suasana seperti di negara atau negeri sendiri untuk mengurangkan rasa bimbang.

Setiap tempat yang mempunyai jenama antarabangsa terkenal seperti Starbucks, McDonald's, atau pusat membeli-belah terkenal boleh anda kunjungi dan menghabiskan masa.

Aktiviti-aktiviti ini membantu anda untuk berehat dengan lebih selesa dan membiasakan diri di tempat baharu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain