suria

Selepas Sydney, AirAsia X sambung semula penerbangan ke Seoul dan New Delhi

AirAsia X kembali menyambung penerbangan ke Incheon dan New Delhi.

AIRASIA X akan menyambung kembali penerbangan ke dua destinasi iaitu Incheon (Seoul), Korea Selatan dan New Delhi, India bermula 20 April 2022 ini.

Penerbangan ke Incheon akan mula beroperasi sekali seminggu pada setiap hari Rabu ke Korea dan Khamis penerbangan ke Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan asyik dengan media sosial, apa kata luangkan masa kunjungi 5 muzium di KL

Manakala penerbangan ke New Delhi pula akan disambung semula dua kali seminggu iaitu pada hari Rabu dan Ahad dengan jadual penerbangan pulang pada hari yang sama.

Simon Cheong's wish was granted when this AirAsia A340 soared into the blue sky.

AirAsia X merancang lebih banyak penerbangan pada masa hadapan.

Kedua-dua perkhidmatan ini adalah untuk perjalanan di antara 20 April 2022 hingga 30 Jun 2022 dengan perkhidmatan tambahan akan diumumkan dalam masa terdekat.

AirAsia X dalam kenyataan turut memaklumkan pelanggan yang pernah mempunyai tempahan tertunggak atau akaun kredit boleh menggunakannya untuk membuat tempahan dengan mengemas kini penerbangan asal mereka untuk perjalanan terbaharu atau menggunakan akaun kredit mereka untuk tempahan.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail berkata, pihaknya akan menyambung semula penerbangan ke pasaran utama secara berperingkat dan akan lebih banyak destinasi popular akan diumumkan tidak lama lagi.

New Delhi

Dua penerbangan dari Kuala Lumpur ke New Delhi setiap minggu.

"Sempena pembukaan semula sempadan antarabangsa Malaysia pada 1 April dan perjalanan tanpa kuarantin untuk kedua-dua buah negara.

"Ini juga adalah masa yang sesuai untuk mengalu-alukan kedatangan semula pelancong antarabangsa, seterusnya memacu sektor pelancongan dan ekonomi negara, seperti yang kami telah lakukan sebelum pandemik," katanya.

Terdahulu pada Februari, AirAsia X kembali menyambung penerbangan ke Sydney, Australia.

Tambang sehala dari Kuala Lumpur ke Incheon (Seoul) bermula daripada RM659 untuk tempat duduk ekonomi dan RM2,199 (premium flatbed).

Incheon

Hanya satu penerbangan ke Seoul buat masa ini.

Manakala dari Incheon (Seoul) ke Kuala Lumpur, tambang sehala bermula KRW246,500 dan KRW799,500. Para penumpang juga akan menikmati tambahan bagasi kabin 7 kilogram secara percuma.

Bagi penerbangan dari Kuala Lumpur ke New Delhi, bermula daripada RM484 untuk tempat duduk ekonomi atau RM1,699 (premium flatbed).

Dari New Delhi ke Kuala Lumpur pula tambang sehala bermula daripada INR8,389 dan INR24,225. Tempahan boleh dibuat menerusi airasia Super App atau laman web sehingga 24 April 2022.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain