suria

Tak sabar nak bercuti ke Krabi? 5 hotel ini mungkin boleh masuk dalam list percutian anda

Krabi menjadi destinasi pilihan pelancong dari seluruh dunia.

SELAIN Phuket, Krabi merupakan salah satu pulau yang menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia terutamanya negara Eropah yang gemarkan cuaca tropika.

Tidak hanya itu, Krabi cukup popular kerana keindahan pulaunya, air laut yang jernih selain pemandangan yang mempersonakan membuatkan ia menjadi destinasi pilihan.

ARTIKEL BERKAITAN: Rancang untuk melancong? Ketahui 6 sebab Holiday Tours menjadi pilihan anda...

Dalam usaha menggalakkan industri pelancongan terutama di wilayah selatan, kerajaan Thailand bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan untuk membuka semula semua pintu sempadan darat dengan Malaysia menjelang 1 Mei.

Menteri Pelancongan dan Sukan, Phiphat Ratchakitprakarn, berkata kementeriannya akan mencadangkan kepada Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) untuk membuka semula lebih banyak pintu masuk antara kedua-dua negara.

Tarikh pembukaan sempadan sudah ada, rasanya cukup sesuai untuk mula merancang percutian anda ke Krabi termasuk membuat tempahan hotel.

Pemilihan hotel sangat penting kerana ia bukan sahaja boleh membangkitkan mood percutian tetapi memastikan agar lokasinya memudahkan anda untuk akses ke pelbagai tempat.

Berikut merupakan lima hotel di Krabi yang mungkin boleh anda pertimbangkan!

Banyan Tree

1. Banyan Tree Hotel

Hotel yang menghadap Laut Andaman ini terletak di Pantai Tab Kaek di mana lokasinya sangat strategik untuk pelancong menikmati air laut yang membiru dan pasir putih.

Di Banyan Tree Hotel juga terdapat spa kelas dunia yang menawarkan pelbagai rawatan untuk memanjakan diri ketika bercuti.

Amari Vogue

2. Amari Vogue Krabi

Hanya 40 minit perjalanan dari Bandar Krabi, hotel ini cukup sesuai untuk mereka yang suka makan, beli-belah dan kemeriahan pada waktu malam.

Hotel berkonsepkan kontemporari ini masih mengekalkan rekaan rumah tradisional Thailand dengan suntikan moden.

Sofitel

3. Sofitel Krabi Phokeethra Golf and Spa Resort

Hotel ini cukup sesuai untuk pencinta alam yang inginkan pemandangan hutan, batu kapur dan lautan terbentang luas. Di Sofitel Krabi ini juga turut menempatkan kolam renang terbesar di Thailand.

Selain itu, di hotel ini juga menempatkan sebuah padang golf bagi memudahkan pengunjung melakukan aktiviti riadah. Paling penting terdapat kelas memasak!

Rayavadee

4. Rayavadee Krabi

Resort mewah berbentuk segi tiga ini menyajikan tiga pemandangan pantai sangat mengagumkan iaitu Pantai Railay, Pantai Ao Nam Mao dan Pantai Phra Nang.

Bagi memastikan keindahan pantai ini sentiasa terjaga, ia diletakkan di bawah jagaan Taman Negara Krabi Marine.

Centara

5. Centara Grand Beach Resort & Villas Krabi

Menarik mengenai hotel ini, ia hanya boleh diakses menggunakan bot namun perjalanannya cukup berbaloi. Apa tidaknya, keindahan flora dan fauna menanti pengunjung sebaik tiba di jeti.

Hotel lima bintang ini menyediakan pelbagai aktiviti seperti mendaki berdekatan Pantai Aonang selain berkayak, menyelam dan sebagainya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain