suria

Jangan asyik dengan media sosial, apa kata luangkan masa kunjungi 5 muzium di KL

Seorang pelawat mengambil gambar karya artis kontemporari kelahiran Jordan Nassar Mansour 'Huwa II' di Muzium Kesenian Islam Malaysia. Arca ini membentuk kaligrafi stilistik perkataan ‘huwa’ yang bermaksud ‘Dia’. Foto The Star

MUZIUM sering dilihat sebagai tempat yang membosankan dan tidak hairan apabila jumlah pelawat menunjukkan penurunan ketara terutamanya ketika ketiadaan pelancong asing disebabkan pandemik Covid-19.

Kebanyakan anak muda juga langsung tidak menunjukkan minat menerokai dan mempelajari tentang khazanah negara di muzium yang menyimpan pelbagai koleksi sejarah, budaya dan warisan warganya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rancang untuk melancong? Ketahui 6 sebab Holiday Tours menjadi pilihan anda...

Sebenarnya masih belum terlambat untuk mengubah sikap itu kerana di Kuala Lumpur sendiri terdapat pelbagai muzium bertaraf dunia dan cukup menarik untuk dikunjungi.

Jika ada yang merancang untuk melawat ke muzium, apa kata semak lima destinasi yang boleh anda kunjungi bagi mendalami tentang sejarah.

Boleh rasai sejarah Malaysia yang bermula dengan kegiatan awal manusia dalam bahagian pra-sejarah di Muzium Negara

1. Muzium Negara

Muzium Negara adalah destinasi wajib dikunjungi di mana ia menempatkan empat galeri utama untuk mendalami sejarah Malaysia iaitu Sejarah Awal, Kerajaan-Kerajaan Melayu, Era Kolonial dan Malaysia Kini.

Tidak hanya itu, Muzium Negara turut mengadakan pameran luar di kawasan terbuka dengan mempamerkan pelbagai jenis artifak, senjata, arca, kenderaan dan sebagainya.

Tarikan lain di situ adalah replika struktur Istana Satu dari Terengganu, Kereta Kabel Bukit Bendera, Pulau Pinang, Arca King Edward VII, pintu gerbang Kota Kuala Kedah dan Muzium Kesenian Orang Asli.

Chia Yu Chian: Private Lives exhibition launch at Ilham Gallery, Kuala Lumpur. FAIHAN GHANI/The Star.

2. Galeri Ilham

Adakah Malaysia mempunyai muzium yang sama seperti Muzium Macan, Indonesia atau Muzium Kesenian Kontemporari Maiiam, Thailand? Jawapannya, ya.

Walaupun bukan segah di kedua-dua negara jiran itu, namun Galeri Ilham ini lebih memfokuskan kepada kesenian moden dan kontemporari dengan pameran dalam bentuk persembahan dan bengkel.

Terletak di tingkat tiga dan lima Menara Ilham, ia dilengkapi dengan program awam seperti lawatan kurator, bengkel seni, ceramah dan persembahan.

Ia juga mempunyai pelbagai program untuk kanak-kanak seperti bengkel kesenian sains, teater dan sebagainya.

Ketika ini, dua pameran daripada dua pelukis tempatan, Kok Yew Puah (Portrait Pelukis Malaysia) Ahmad Fuad Osman (Skola Gambar Enrique de Malacca) sedang berlangsung di galeri tersebut.

1

3. Muzium Kesenian Islam Malaysia

Pada 2020, Muzium Kesenian Islam Malaysia (IAMM) terpaksa menunda pameran berjudul Inspired By The East: How The Islamic World Influenced Western Art disebabkan pandemik Covid-19.

Tetapi sementara menunggu pameran itu diteruskan, anda boleh melawat 12 buah galeri yang terdapat di muzium itu yang menampilkan tentang seni bina Islam, barangan kemas, tekstil, syiling dan cap mohor, senjata dan perisai, seni logam dan sebagainya.

Bagi meraikan kepelbagaian budaya di Malaysia, terdapat galeri seni dan artifak Melayu, Cina dan India di mana ia mengetengahkan pengaruh budaya Islam.

Kuala_Lumpur._National_Textile_Museum._2019-12-08_18-00-36

4. Muzium Tekstil

Jika berminat tentang fesyen, ini masanya untuk singgah ke Muzium Tekstil untuk mempelajari tentang seni, fesyen dan kraftangan di Muzium Tekstil Malaysia.

Empat galeri utama yang akan menarik perhatian pengunjung seperti Galeri Songket yang mempamerkan pelbagai tekstil sejak zaman berzaman selain Galeri Ratna Sari menghimpunkan aksesori, perhiasan daripada pelbagai kumpulan etnik di Malaysia.

General pics of national art gallery building, from the outside. (NATIONAL ART GALLERY) at Jalan Termerloh, off Jalan Tun Razak, KL. SYED AZAMUDDEN / THE STAR.

5. Balai Seni Negara

Selepas ditutup sejak Ogos 2020 bagi kerja pengubahsuaian, Balai Seni Negara kembali membuka pintu kepada orang awam Mei ini.

Antara pameran yang bakal menarik perhatian adalah NUSA yang memperlihatkan koleksi 400 seni khazanah negara.

Selain itu, pameran Singles akan meraikan beberapa pelukis kontemporari selain kolaborasi antara Walkong Through A Songline secara digital bersama Muzium Australia dan Mosster Studio.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain