suria

Nak uji keberanian diri? Terokai Muzium Ilusi Kuala Lumpur... Ada banyak pameran unik menanti

MOIKL menawarkan pengalaman yang pasti mengujakan pengunjung.

BERSEDIAKAH anda untuk meneroka dunia ilusi dan alami sesuatu yang tidak terjangkau di minda?

Jika ya! Ayuh ke Muzium Ilusi Kuala Lumpur atau MOIKL dan meneroka pengalaman menarik secara visual mahupun deria yang pastinya memberi keseronokan.

Selain itu, anda juga dapat mempelajari perkara baharu menerusi pameran yang lebih unik.

MOI merupakan muzium berkonsepkan abad ke-21 yang menawarkan pengalaman muzium berinteraktif dan akan membuat para pelawat berasa teruja.

Ia pertama kali dibuka di Zagreb, Croatia pada tahun 2015 dan sejak itu, jenama MOI telah berkembang sehingga berjaya membina 37 buah muzium termasuk di New York, Chicago, Paris, Madrid, Vienna, Athens, Istanbul, Doha, Dubai, Kaherah, Shanghai, New Delhi dan Toronto.

Ia sekali gus menjadikan MOI sebagai cawangan muzium swasta yang paling pantas berkembang.

Pengunjung juga boleh mempelajari perkara baharu.

Pengunjung juga boleh mempelajari perkara baharu.

Mana tidaknya, setiap Muzium direka untuk merangkumi bilik ilusionistik, ilusi optik dan sebuah bilik permainan yang dilengkapi dengan permainan didaktik serta teka-teki.

Muzium tersebut turut dilengkapi dengan pameran sains, matematik dan psikologi yang membolehkan pelawat belajar tentang penglihatan, persepsi dan juga otak manusia melalui pameran-pameran yang menarik dan menyeronokkan.

Menurut Pengurus Pemasaran dan Jualan MOIKL, Stanley Ng Kar Hoong, Muzium Ilusi Kuala Lumpur tampil dengan kelainan apabila menjadi satu-satunya muzium yang menawarkan pengalaman deria.

"Kami sangat teruja dapat beroperasi semula selepas pandemik. MOIKL yang baharu ini kini lebih menyerlah dan lebih baik.

"Muzium ini terletak betul-betul di tengah Kuala Lumpur dan berkembang menjadi tempat yang sesuai untuk aktiviti berkumpulan, lawatan sekolah mahupun pelancaran jenama. Jangan tunggu lagi. Datanglah ke sini dan alami dunia luar biasa ini bersama kami,” katanya.

MOIKL yang baharu ini memperlihatkan 50 pameran dan antaranya sesuai bagi 'kaki' Instagram.

Vortex tunnel

1. Vortex Tunnel

Pameran hebat dan menarik ini membuat minda dan tubuh anda bersangka dan berasa seperti lantai yang anda pijak sedang bergerak sedangkan sebenarnya tiada sebarang pergerakan berlaku.

2. Infinity Room and Infinity Well

Bilik Infiniti merupakan satu ruang istimewa yang membolehkan anda merasai infiniti dari setiap sudut hasil daripada cermin infiniti yang mewujudkan ilusi optik ruang infiniti.

3. Perigi Infiniti

Anda kini berpeluang meneroka pengalaman terapung di dalam perigi.

4. Following Eyes

Ia merupakan satu ilusi optik yang memperlihatkan mata cekung kelihatan seperti cembung.

Jadi, jika anda perhatikannya dengan cukup lama dan bergerak ke kiri serta ke kanan, mata P. Ramlee akan kelihatan seperti ia mengekori anda ke mana-mana saja anda pergi!

Bilik Ames,

5. Bilik Ames

Tempat yang sesuai untuk sesiapa saja berseronok dengan ketinggian mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Balai Seni Negara dibuka semula... Karya ‘Roti Gardenia’ ketika PKP antara jadi perhatian

6. Bilik Berbalik

Salah satu tempat anda boleh bermain dengan graviti.

Tunjukkan kreativiti anda dan bergayalah sebanyak mungkin dalam bilik ini.

7. Kaleidoskop dan Tukar Hidung

Membolehkan anda melihat wajah dan reaksi yang berbeza. Tambahan lagi, jika anda tertanya-tanya bagaimana rasanya jika bermain pakau dengan klon anda, anda boleh merealisasikannya dengan Meja Klon.

Jadi apa tunggu lagi? Ayuh ke museumofillusions.my untuk menempah tiket dan ikuti MOIKL di Instagram @museumofillusions.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain