BEBERAPA destinasi pantai di Itali memperkenalkan peraturan baharu sejak beberapa bulan kebelakangan ini untuk mengurangkan kesan kerosakan akibat pelancongan. Ini termasuklah Sorrento, kawasan percutian popular di pantai Amalfi, yang turut mengumumkan larangan baharu terhadap pemakaian bikini. Mereka yang melanggar peraturan boleh berdepan risiko denda sehingga €500 (RM2,273). Peraturan itu juga terpakai kepada sesiapa sahaja yang berkeliaran di kawasan sekitar tanpa memakai baju. Namun, pelancong bernasib baik kerana masih dibenarkan memakai pakaian renang di kolam renang atau berenang di kelab tepi pantai (beach club), tetapi perlu bertutup apabila berada di jalanan kerana ia dianggap menyebabkan ketidakselesaan dan kurang disenangi orang lain. Pakaian renang hanya boleh dipakai di kolam renang dan 'beach club'. -gambar hiasan foto Freepik / Lookstudio Walau bagaimanapun, larangan mengejutkan itu bukanlah satu-satunya peraturan yang diumumkan di Itali. Siaggia della Pelosa di Sardinia telah mengehadkan jumlah pelawat kepada 1,500 orang sehari, dan tuala juga dilarang. ARTIKEL BERKAITAN: Awas! Anda boleh didenda lebih RM300 jika ambil gambar di jalan persendirian di Kyoto, Jepun Dilaporkan, larangan itu bertujuan untuk melindungi pasir pantai yang cantik dan lembut yang semakin berkurangan pada kadar yang tidak mampan kerana ditutupi dengan tuala dan dipijak keluar dari pantai. Pengunjung perlu membayar untuk menyewa kerusi berjemur dan mereka perlu memakai gelang ID kuning semasa berada di pantai. Anda akan dikenakan bayaran €3.50 (RM16) untuk memasuki kawasan itu. Pengunjung perlu membayar untuk menyewa kerusi berjemur. -gambar hiasan foto Freepik / Wirestock Pantai di Sardinia seperti Lu Impostu dan Brandinchi juga mengehadkan bilangan pelawat setiap hari. Bayaran untuk memasuki pantai juga dikenakan kepada Cala Coticcio dan Cala Brigantina di taman negara La Maddalena serta La Pelosa dan Cala Mariolu. Bayaran tersebut antara lainnya digunakan untuk membiayai kos penyelenggaraan dan memelihara keindahan destinasi percutian di teluk itu. Sementara itu, jumlah kereta dihadkan di jalan raya antara Positano dan Vietri Sul Mare bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Positano di Itali. foto Freepik / Frimufilms Pada hari ganjil dalam bulan itu, plat pendaftaran yang berakhir dengan nombor ganjil boleh menggunakan jalan raya. Manakala pada hari genap dalam sebulan mereka yang berakhir dengan nombor genap dibenarkan memandu di laluan tepi laut. Memetik Lonely Planet, peraturan itu dikuatkuasakan dari pukul 10 pagi hingga 6 petang pada hujung minggu hingga akhir September 2022. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI