SELAIN bercuti, menghabiskan masa beriadah bersama keluarga dengan melakukan aktiviti outdoor juga sangat menyeronokkan. Salah satunya adalah dengan aktiviti berkhemah. Kebanyakan dalam kalangan ibu bapa sebenarnya teringin melakukan aktiviti ini bersama anak-anak untuk merasai keindahahan alam semula jadi selain memberi pendedahan mengenai tumbuh-tumbuhan serta mencipta pengalaman baharu. ARTIKEL BERKAITAN: Sukar melancong dengan anak kecil? Ikuti tip ini, pasti tak serabut! Namun wujud kebimbangan sekiranya anak kecil tidak bersedia untuk merasai pengalaman tersebut, atau lebih penting, adakah ibu bapa sendiri cukup bersedia untuk berdepan beberapa kemungkinan terutama buat mereka yang kali pertama mahu mencuba. Bagi memastikan aktiviti perkhemahan keluarga bersama si kecil berjalan lancar dan menggembirakan, apa kata cuba ikuti beberapa tip ini: Mulakan perkhemahan untuk tempoh yang singkat untuk melihat reaksi si kecil. 1) Cuba untuk tempoh singkat Walaupun anda dan pasangan mungkin menyukai perkhemahan yang mengambil masa sehingga berhari-hari, tetapi apa kata mulakan dengan tempoh yang singkat dahulu bersama anak kecil. Ia untuk anda mengetahui bagaimana reaksi mereka terhadap pengalaman perkhemahan pertama. 2) Bawa barang kegemaran si kecil Barang-barang ini boleh membantu mempengaruhi mood mereka. Contohnya anak patung, mainan, buku, selimut dan bantal kegemaran dan sebagainya. 3) Kelengkapan tidur Mungkin bagi ibu bapa tidak kisah tidur beralaskan kanvas atau tilam nipis, namun tidak bagi anak kecil. Tilam angin (air mattress) dengan beg tidur adalah pilihan yang baik untuk si kecil Bawalah snek kegemaran anak-anak anda sebagai salah satu persediaan. 4) Jangan lupa bawa snek! Kebanyakan ibu bapa yang berpengalaman tahu bahawa hampir semua masalah 'tantrum' si kecil boleh diselesaikan dengan snek. Jadi jangan lupa bawa bekalan yang satu ini. 5) Khemah bersaiz besar Jika anak anda merangkak, bawa bersama alas atau tikar agar mereka bebas bergerak. Jika ada anak kecil bersama, bawa juga kerusi khas untuk kereka. Pasti si kecil lebih teruja duduk sambil melihat unggun api atau menikmati snek! Pastikan tapak perkhemahan selamat dan bersih untuk mengelakkan sebarang perkara yang membahayakan si kecil. 6) Bersihkan tapak perkhemahan Bawa si kecil bersama, bermakna anda harus sekali ganda lebih berhati-hati. Anak kecil suka memasukkan sesuatu ke dalam mulut mereka, jadi perhatikan bendasing di sekeliling tapak perkhamahan anda. 7) Ekstra lampin pakai buang Jangan berkira untuk bawa lebih lampin pakai buang. Di luar, anda perlu bersiap sedia dengan pelbagai kemungkinan. 8) Baby carrier Rugi jika anda tidak meneroka kawasan persekitaran tapak perkhemahan seperti anak sungai, mendaki bukit dan sebagainya. Untuk memudahkan pergerakan anda dan pasangan, masukkan 'baby carrier' dalam senarai barangan. Lakukan aktiviti bersama-sama si kecil untuk menaikkan rasa teruja. 9) Jangan lupa 'white noise' Jika si kecil anda tidur menggunakan 'white noise', jangan lupa bawa bersama ketika berkhemah. Tidur yang nyenyak adalah kunci untuk menikmati perkhemahan yang lancar. 10) Pilih lokasi yang menarik Untuk menjadikan perkhemahan tidak membosankan si kecil, pertimbangkan lokasi perkhemahan yang dilengkapi pelbagai kemudahan seperti taman permainan, kolam renang, bilik permainan atau kemudahan lain. - KOA Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI