suria

Pasti buat anda kembali ke zaman kanak-kanak! Ketahui destinasi paling mesra keluarga di Kota Singa

Kanak-kanak pasti gembira ketika melakukan aktiviti di iFly Singapore.

SEKTOR pelancongan kembali rancak dan pastinya seisi keluarga ingin berkunjung ke destinasi percutian impian selepas tidak berpeluang melakukannya selama lebih dua tahun akibat pandemik.

Meskipun dunia lebih mudah di hujung jari, namun kadang-kala sukar untuk menentukan destinasi yang sempurna dan memenuhi kehendak setiap ahli keluarga dari pelbagai generasi.

Anda mempunyai ahli keluarga dari pelbagai peringkat umur atau sememangnya sukar untuk membuat keputusan? Mudah saja, Singapura adalah destinasi terbaik kerana mempunyai pelbagai tarikan yang menarik untuk semua, tanpa mengira usia.

Ini termasuk lokasi paling ikonik yang wajib dikunjungi seperti Universal Studios Singapore dan Gardens by the Bay, serta Mandai Wildlife Reserve yang terbahagi kepada Jurong Bird Park, Night Safari, River Wonders dan Singapore Zoo yang terkenal.

Selain itu, banyak lagi lokasi menarik untuk dilawati dan diterokai. Wow, sangat menarik!

Jangan risau, platform tempahan pelancongan digital Agoda, telah merangkumkan idea-idea hebat tersebut untuk percutian keluarga yang hebat di ‘Kota Singa’!

Oleh itu, dapatkan pilihan hebat bagi penginapan mesra keluarga di www.agoda.com/singaporeimagine2 dan tebus ganjaran penjimatan tambahan menggunakan kod promo VISITSG8 dalam tempahan anda dari sekarang hingga 31 Mac 2023.

Canopy Park di Changi Jewel menyediakan pelbagai aktiviti menarik termasuk maze dan bouncing net.

Canopy Park di Changi Jewel menyediakan pelbagai aktiviti menarik termasuk maze dan bouncing net.

Usia kurang 5 tahun

Satu perkara yang pastinya digemari kanak-kanak adalah warna! Jadi, jom tarik perhatian mereka dengan warna-warni alam semula jadi di Flower Domes di Gardens by the Bay.

Memukau orang dewasa dan kanak-kanak, Flower Domes membawa para pengunjung secara lebih dekat dengan tumbuh-tumbuhan yang berasal dari pelbagai habitat unik, dari oasis Mediterranean hingga ke sabana di Afrika. Semuanya ada di sini, di mana bunga tidak pernah berhenti mekar.

Bagi keseronokan dalaman atau indoor yang sesuai untuk kanak-kanak pra-sekolah, anda boleh terokai Amazonia, Kidztopia atau Polliwogs di Clarke Quay Central yang merupakan destinasi sempurna bagi anak-anak meyalurkan seluruh tenaga mereka.

Zon permainan indoor ini menampilkan kawasan permainan yang selesa dengan pelbagai tarikan yang menyeronokkan termasuk mirror maze, gelongsor, kolam bola dan banyak lagi!

Dengan sesi seni dan kraf harian pula, Polliwogs mempunyai segala-galanya untuk memastikan anak-anak anda sibuk sepanjang hari!

Pengunjung juga boleh mendaftar masuk lebih awal di Lapangan Terbang Changi Singapura yang terkenal di dunia, dan mengunjungi Canopy Park, di Changi Jewel.

Di sini, golongan muda dan mereka yang berjiwa boleh bergembira dengan pelbagai aktiviti, dari maze hingga bouncing net di samping bersiar-siar di sepanjang denai taman yang kreatif serta meluncur menuruni gelongsor gergasi atau bersembunyi di dalam terowong diselaputi kabus.

Sementara anak-anak kecil bermain, orang dewasa boleh berehat di salah sebuah restoran yang mempesonakan yang terdapat di sini.

Kanak-kanak boleh mencabar diri dalam laluan berhalangan di atas air, Hydrodash.

Kanak-kanak boleh mencabar diri dalam laluan berhalangan di atas air, Hydrodash.

Kanak-kanak 6 hingga 10 tahun

Kanak-kanak yang lebih bertenaga dan gemarkan pengembaraan boleh mengunjungi Hydrodash, di mana mereka boleh memanjat, meluncur, melompat dan melantun melalui taman akua terapung unik Singapura sambil mencabar diri dalam laluan berhalangan di atas air.

Malah, ia juga bersesuaian dengan Iklim tropika Singapura!

Selain itu, mereka boleh pergi ke Forest Adventure untuk merasai laluan berhalangan yang berbeza, dan melangkah ke dunia pengembaraan sebenar di taman pengembaraan puncak pokok terbesar di Singapura di Bedok.

Untuk penerokaan aktiviti luar yang lain, terdapat banyak lagi taman di seluruh bandar, termasuk Taman Permainan Admiralty Park di kawasan utara yang terkenal dengan jumlah papan gelongsor yang paling banyak di Singapura.

Taman permainan ini merangkumi pelbagai aktiviti termasuk gelongsor, terowong, jambatan dan kawasan alam semula jadi untuk menyegarkan diri.

Bagi keseronokan yang sebenar dan akan membuatkan anda melantun dari dinding, anda boleh menerokai taman trampolin Singapura, Bounce Singapore di Cathay Cineleisure atau Amped Trampoline Park di Kim Yam Road.

Pelbagai tumbuhan unik dari oasis Mediterranean hingga ke sabana di Afrika di Flower Dome, Gardens by the Bay.

Pelbagai tumbuhan unik dari oasis Mediterranean hingga ke sabana di Afrika di Flower Domes, Gardens by the Bay.

Remaja

Kami juga faham remaja semestinya berada dalam kelas mereka tersendiri. Tidak perlu risau, kerana Singapura mempunyai banyak tarikan yang digemari golongan ini.

Antaranya ialah Skyline Luge (di Sentosa), perjalanan mendebarkan dengan empat trek yang dibina khas dengan selekoh, terowong serta cerun ketika menuruni bukit di samping laluan hutan yang diterangi lampu sebaik matahari terbenam.

Bagi mereka mahu sesuatu yang lebih mendebarkan, iFly Singapore membolehkan para peserta merasai situasi terjun bebas yang sebenar menerusi terowong angin, sama seperti terjunan udara!

Terdapat juga Mega Adventure Park di Sentosa yang menempatkan Megazip, iaitu zipline sepanjang 450 meter yang merentasi hutan pantai dan laut!

Ibu bapa juga boleh merasai pengalaman bersama dengan anak-anak mereka yang mempunyai berat 30 kilogram dan ke bawah.

Sementara itu, Wake Park pula merupakan satu-satunya taman ski kabel di Singapura yang dibina di dalam lagun di Taman Pantai Timur Singapura.

Ia pastinya menjanjikan keseronokan dan cabaran (dan penentuan adrenalin) untuk mereka yang berpengalaman dan berjinak-jinak melakukannya.

Tarikan air lain untuk dikunjungi termasuk Adventure Cove dan taman air Wild Wild Wet.

Singapore Flyer membolehkan pengunjung melihat panorama 360 darjah yang menjangkau sebahagian lokasi di Malaysia dan Indonesia.

Singapore Flyer membolehkan pengunjung melihat panorama 360 darjah yang menjangkau sebahagian lokasi di Malaysia dan Indonesia.

Semua tanpa mengira umur

Singapura juga menempatkan Universal Studios Singapore, taman tema Universal Studios pertama dan satu-satunya di Asia Tenggara yang menghimpunkan pelbagai permainan, pertunjukan dan tarikan yang mendebarkan berdasarkan watak TV dan filem kegemaran ramai.

Mereka yang gemar meneroka pasti teruja berkunjung ke Science Centre Singapore. Dengan lebih daripada 1,000 pameran interaktif merangkumi 14 galeri, ia adalah ruang yang sesuai untuk memberi inspirasi kepada generasi Newton dan Einstein yang akan datang!

Sementara itu, Singapore Flyer, roda pemerhatian gergasi turut menjadi tarikan utama dengan menawarkan pemandangan dengan panorama 360 darjah yang menjangkau sebahagian lokasi di Malaysia dan Indonesia pada hari yang cerah!

Sudah tentu, satu hari di Singapura tidak akan cukup kerana banyak aktiviti dan penerokaan yang boleh dilakukan.

Oleh itu, terima kasih kepada Agoda kerana anda boleh mendapatkan beberapa tawaran penginapan mesra keluarga yang terbaik di bandar, termasuk kemudahan seperti bilik bersambung, suite keluarga dan ruang khas kanak-kanak bermain.

Anda mahukan inspirasi? Anda juga boleh berkunjung ke Hotel Hard Rock di Resorts World Sentosa, Paradox Singapore Merchant Court di Clark Quay dan 30 Bencoolen.

Jadi, apa tunggu lagi? Dengan begitu banyak destinasi mesra kanak-kanak dan keluarga dalam satu bandar, Singapura sememangnya destinasi yang ideal untuk percutian anda seterusnya.

Selain mengeratkan ikatan kekeluargaan, ia juga membangkitkan sisi kanak-kanak dari dalam diri ibu bapa dan menjadikannya sebagai sebuah kenangan terindah buat anda sekeluarga.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Singapura, Agoda, destinasi menarik,

Artikel Lain