suria

Bercuti di Redang dan Tioman pada hujung tahun bukan lagi masalah dengan tawaran Jaminan Cuaca Baik

Aktiviti kayak turut disediakan untuk pengunjung The Taaras Beach & Spa Resort.

PULAU merupakan destinasi pilihan untuk bercuti, sama ada bersama teman atau keluarga.

Di samping menikmati panorama indah dan bersantai di tepi pantai, pelbagai aktiviti menarik dapat dilakukan termasuk snorkeling atau menyelam yang pastinya lebih mengujakan kerana anda berpeluang melihat pelbagai jenis hidupan laut.

Bagaimanapun, di negara ini percutian ke pulau terhad pada waktu-waktu tertentu kerana Malaysia mempunyai musim tengkujuh.

Jika tiba musim peralihan Monsun Timur Laut sekitar bulan Oktober hingga Disember, kebanyakan pulau khususnya di Pantai Timur tidak beroperasi kerana ombak besar dan angin kencing yang melanda akan membahayakan nyawa pengunjung.

Namun jangan khuatir, jika anda seorang yang gemar menghabiskan masa di persisiran pantai, The Taaras Beach & Spa Resort, Pulau Redang mahupun Berjaya Tioman Resort adalah destinasi terbaik untuk dikunjungi.

ARTIKEL BERKAITAN: Manjakan diri anda di 7 'hot springs' Malaysia! Bantu cantikkan kulit, kekal awet muda

Bagi Berjaya Hotels & Resorts, kedua-dua pusat peranginannya yang terletak di pantai timur semenanjung Malaysia akan terus dibuka sepanjang tahun dan tawaran Jaminan Cuaca Baik diberikan untuk menggalakkan lebih ramai pelancong pergi ke Pulau Redang dan Pulau Tioman bagi menikmati percutian akhir tahun.

Aerial View of Berjaya Tioman Resort

Pemandangan dari ruang udara menjanjikan suasana yang damai.

Dengan Jaminan Cuaca Baik, pelancong tidak perlu lagi bimbang sama ada percutian pulau mereka akan terganggu oleh cuaca di pantai timur kerana ia menawarkan jaminan untuk penginapan yang santai dan menyeronokkan.

Untuk percutian mewah, anda boleh mengunjungi The Taaras Beach & Spa Resort dan nikmati diskaun sehingga 65 peratus dengan kadar fleksibel terbaik untuk sarapan setiap hari.

"Dengan Jaminan Cuaca Baik, tetamu akan diberikan penginapan lanjutan satu malam percuma jika percutian mereka terganggu disebabkan perubahan cuaca.

"Sebagai alternatif, mereka boleh memilih untuk menukar penginapan tambahan satu malam percuma dengan kredit penginapan bernilai RM400.

"Ini boleh ditebus dan digunakan di mana-mana Berjaya Hotels & Resorts di Malaysia. Selain itu, tetamu akan diberikan baucar tunai bernilai RM999 yang boleh ditebus semasa penginapan seterusnya antara Mac hingga Oktober 2023," jelasnya.

Taaras Beach & Spa Resort terletak dalam jarak penerbangan yang singkat dengan Berjaya Air, oleh itu anda mempunyai pilihan sama ada untuk terbang terus ke Pulau Redang dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) di Selangor atau Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.

Perjalanan adalah lebih kurang 1 jam 10 minit.

Chalet yang terletak berhampiran laut memudahkan pengunjung bersantai pada bila-bila masa.

Chalet yang terletak berhampiran laut memudahkan pengunjung bersantai pada bila-bila masa.

Bagi Jaminan Cuaca Baik di Berjaya Tioman Resort pula, anda berpeluang menikmati potongan 50 peratus untuk kadar fleksibel terbaik.

"Mereka juga akan diberi penginapan lanjutan satu malam percuma jika percutian mereka terganggu oleh cuaca. Penukaran penginapan lanjutan satu malam percuma dengan kredit penginapan bernilai RM250 bersih akan diberikan dan ia boleh ditebus di mana-mana Berjaya Hotels & Resorts di Malaysia.

"Sebagai penghargaan, baucar tunai bernilai RM600 akan diberikan untuk digunakan semasa penginapan seterusnya. Penerbangan komersial juga disediakan dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang)," tambahnya.

Dalam pada itu, pelbagai aktiviti percuma seperti yoga, zumba, Little Chef, permainan papan, layang-layang, nature walk, kayak, berbasikal dan banyak lagi tersedia secara eksklusif di resort antara November 2022 hingga Februari 2023.

Ia juga masa terbaik untuk mencuba dan menikmati spa resort untuk percutian yang menyegarkan.

Jaminan Cuaca Baik oleh The Taaras Beach & Spa Resort adalah sah untuk tempahan sehingga 28 Disember 2022 manakala bagi Berjaya Tioman Resort, ia sah untuk tempahan sehingga 26 Februari 2023.

Kedua-duanya terpakai untuk penginapan dari 1 November 2022 hingga 28 Februari 2023.

Untuk maklumat lanjut, layari www.thetaaras.com dan tioman.berjayahotel.com, tertakluk kepada terma dan syarat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain