suria

Tanpa perlu ke luar negara, jom semak senarai OOTD menarik di Malaysia... Memang Insta-worthy, sangat memukau!

Terdapat banyak lokasi OOTD di Malaysia yang patut dimasukkan dalam ‘wishlist’ anda. Foto: Instagram Tourism Malaysia.

MALAYSIA sememangnya kaya dengan destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa yang menjanjikan pengalaman luar biasa serta panorama memukau.

Tanpa perlu pergi jauh ke luar negara, Malaysia juga memiliki banyak lokasi menarik untuk anda bergambar serta bergaya dengan penampilan OOTD (outfit of the day) pada bila-bila masa.

Ternyata bercuti di Malaysia bukan sahaja memberikan ketenangan dan pengalaman yang menyeronokkan, malah membolehkan anda berkongsi foto terkini di laman sosial seperti Instagram.

Dalam perkongsian kali ini, mStar menyenaraikan beberapa lokasi menarik di enam negeri yang sesuai untuk dikunjungi secara solo, bersama sahabat atau keluarga.

1. Selangor

Terletak berdekatan dengan ibu negara, Selangor sebenarnya menyimpan banyak khazanah alam yang perlu anda lawati. Bukit Jugra yang terletak di bandar bersejarah Kuala Langat, menawarkan pemandangan indah dan ideal untuk aktiviti pendakian serta paragliding.

Panorama indah yang memukau di sekitar Bukit Jugra. Foto: Instagram Tourism Selangor.

Panorama indah yang memukau di sekitar Bukit Jugra. Foto: Instagram Tourism Selangor.

Mengimbau sejarahnya sekitar 1880-an, tahukah anda Jugra juga pernah dikenali sebagai bandar diraja Selangor?

Alamat: Jalan Bukit Jugra, Jugra Lama, 42700 Banting, Selangor.

Selami keindahan alam semula jadi dengan berkhemah dalam persekitaran yang penuh mengasyikkan. Foto: Kalumpangresort.com.my

Selami keindahan alam semula jadi dengan berkhemah dalam persekitaran yang penuh mengasyikkan. Foto: Kalumpangresort.com.my

Selain Bukit Jugra, anda juga boleh datang ke Kalumpang Resort & Training Centre di Hulu Selangor yang menjanjikan udara segar lagi mendamaikan di tepian sungai.

Resort ini sesuai untuk dijadikan sebagai tempat perkelahan, chalet istirahat, lokasi penganjuran hari keluarga, kursus motivasi dan team building serta majlis keraian.

Alamat: No. Lot 426 & 427, Jalan Sungai Inki, Kampung Pasir Putih, 44100, Selangor.

Hubungi: 013-532 6528

2. Sabah

Luar biasa! Ribuan bintang bertebaran di langit malam di Kota Belud. Foto: Instagram Tourism Sabah.

Luar biasa! Ribuan bintang bertebaran di langit malam di Kota Belud. Foto: Instagram Tourism Sabah.

Pernahkah anda terbayang untuk duduk bersantai sambil menyaksikan ribuan bintang di angkasa? Pemandangan unik ini boleh dilihat dengan jelas di Kota Belud.

Nohutu Ecotourism menjanjikan kelainan untuk anda, khususnya buat pencinta alam yang ingin lari daripada kesibukan kota.

Alamat: Nohutu Ecotourism, Kg Melangkap, Kota Belud, Sabah.

Hubungi: 013-8034382

Kembara di Bukit Bonduk menawarkan pengalaman luar biasa. Foto: Instagram Tourism Sabah.

Kembara di Bukit Bonduk menawarkan pengalaman luar biasa. Foto: Instagram Tourism Sabah.

Satu lagi lokasi yang anda boleh kunjungi ialah Bukit Bonduk di Sepanggar. Terletak kira-kira 21 kilometer dari Kota Kinabalu, Bukit Bonduk adalah salah satu lokasi pendakian terbaik yang wajib dimasukkan dalam 'wishlist' anda.

Panorama di puncak bukit begitu memukau, memang insta-worthy!

Alamat: Bukit Bonduk @ Gundul, Jalan Sepangar, Kota Kinabalu, Sabah.

Mont K Skybike menjanjikan satu kepuasan dan keseronokan dengan panorama alam yang indah. Foto: Instagram Tourism Sabah.

Mont K Skybike menjanjikan satu kepuasan dan keseronokan dengan panorama alam yang indah. Foto: Instagram Tourism Sabah.

Bagi mereka yang menggemari cabaran, Mont K Skybike sejauh 200 meter (pergi-balik) dengan ketinggian lebih 50 meter dari aras tanah, pasti menjanjikan satu kepuasan serta keseronokan. Berlatarbelakangkan pemandangan Gunung Kinabalu, aktiviti skybike di Ranau ini merupakan yang pertama seumpamanya di negeri Sabah.

Alamat: Kg.Kigiok Ranau, Sabah (boleh cari 'Ranau Rabbit Farm' dalam aplikasi Waze)

Bersantai sambil menikmati keindahan jelapang padi yang mempersonakan. Foto: Instagram Tourism Sabah.

Bersantai sambil menikmati keindahan jelapang padi yang mempersonakan. Foto: Instagram Tourism Sabah.

Terletak di tengah-tengah sawah yang terbentang luas dengan berlatarbelakangkan pemandangan Gunung Kinabalu, kemudahan penginapan berwarna-warni di Peranauan Inn d’Sangkir ini menjadi tarikan ekopelancongan yang semakin popular di Kota Belud.

Peminat fotografi sering datang ke sini untuk merakam suasana sebenar kehidupan desa dan aktiviti petani serta kepelbagaian spesies burung migrasi. Malahan, terdapat juga dewan mini yang sesuai untuk penganjuran majlis perkahwinan.

Alamat: Peranauan Inn D'Sangkir, Peti Surat 245, 89158 Kota Belud, Sabah.

3. Sarawak

Binaan ikonik yang menjadi tarikan utama di Coco Cabana. Foto: Tourism Sarawak.

Binaan ikonik yang menjadi tarikan utama di Coco Cabana. Foto: Tourism Sarawak.

Coco Cabana yang terletak di tepi laut, merupakan lokasi santai di Miri bagi penganjuran acara dan hiburan dengan replika kuda laut gergasi sebagai tarikan utamanya.

Lokasi ini paling ideal untuk melihat matahari terbenam pada waktu senja. Sesungguhnya tiada kata-kata yang dapat menggambarkan keindahan Coco Cabana. Yang penting, anda harus datang dan merasai sendiri pengalaman berada di sini.

Alamat: Marina Bay, 98000 Miri, Sarawak

Hubungi: 012-8766738.

Panorama memukau di Air Terjun Susung. Foto: Tourism Sarawak.

Panorama memukau di Air Terjun Susung. Foto: Tourism Sarawak.

Juga dikenali sebagai 'Jurassic World of Sarawak', Air Terjun Susung di Padawan, Kuching merupakan salah satu lokasi hidden gem. Lokasi ini sangat terkenal dengan pemandangan indah buaian semula jadi yang terbentuk daripada akar kayu yang besar dengan berlatarbelakangkan air terjun.

Air terjun ini terletak dalam kawasan Empangan Bengoh iaitu kira-kira 52 kilometer dari pusat bandar raya Kuching. Untuk ke sana, pelancong perlu menaiki bot selama 20 minit disusuli dengan pendakian yang mengambil masa kira-kira satu setengah jam bergantung kepada kelajuan dan stamina seseorang.

Alamat: Ulu Bengoh, Padawan, Kuching, Sarawak

Hubungi: 013-848 7730 (Cik. Jacklin)/ 019-805 9188 (En. Jerome) [Bayan Atuh Eco-Tourism Zone]

4. Pulau Pinang

Jika anda mencari lokasi OOTD bertemakan alam semula jadi di Pulau Pinang, anda harus berkunjung ke Teluk Duyung yang juga dikenali sebagai Monkey Beach.

Bersantai penuh ketenangan di Monkey Beach. Foto: Tourism Penang.

Bersantai penuh ketenangan di Monkey Beach. Foto: Tourism Penang.

Setibanya di Teluk Bahang, anda perlu menaiki bot yang akan membawa anda terus ke Monkey Beach. Untuk tiba di Monkey Beach, anda juga boleh memilih untuk melakukan pendakian dengan menelusuri Taman Negara Pulau Pinang.

Alamat: Monkey Beach, Jalan Hassan Abas, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

Uji keberanian anda dengan berjalan di atas jambatan kaca Skywalk. Foto: Instagram Tourism Penang.

Uji keberanian anda dengan berjalan di atas jambatan kaca Skywalk. Foto: Instagram Tourism Penang.

Selain itu, anda juga boleh berkunjung ke The Top, Komtar untuk melihat sendiri panorama indah Pulau Pinang pada ketinggian 816 kaki dari aras laut.

Paling seronok, sudah tentunya aktiviti tinjauan di Skywalk yang menguji adrenalin dan memerlukan anda berjalan di atas jambatan kaca.

Alamat: 1, Jalan Penang, Komtar George Town, Pulau Pinang.

Hubungi: 017-2890800

Kampung Agong di Penaga merupakan salah satu tarikan unik di Pulau Pinang. Berlatarbelakangkan panorama desa, kawasan tersebut dikelilingi ratusan pohon kelapa selain terdapat sawah padi.

Di sana, anda boleh bersiar-siar sambil berbasikal serta bergambar di lebih 15 replika sarang burung tempua pelbagai saiz. Selain itu, anda juga boleh menaiki buaian gergasi sambil menikmati pemandangan matahari terbenam pada sebelah petang.

Alamat: 841, Bakar Kapur, Kampung Bakar Kapor, 13100 Penaga, Pulau Pinang.

Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenang-kenangan di Kampung Agong.Foto: Facebook Kampung Agong

Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenang-kenangan di Kampung Agong.Foto: Facebook Kampung Agong

5. Johor

Siapa sangka, Johor juga mempunyai tarikan unik untuk dikunjungi. Kampung Putuo di Kulai menjanjikan pemandangan indah bagi mengabadikan potret kenangan di Instagram.

Salah satu lokasi OOTD paling unik di Malaysia. Foto: Tourism Johor.

Salah satu lokasi OOTD paling unik di Malaysia. Foto: Tourism Johor.

Selain merakamkan foto kenang-kenangan di dalam buaian seperti sarang burung, anda juga boleh berjalan di atas laluan pelangi yang berwarna-warni.

Paling menarik, sudah tentu suasana hutan buluhnya. Pendek kata, anda pasti berasa seperti di luar negara.

Alamat: Kampung Putuo, 1488, Jalan Kampung, Off, Jalan Kota Tinggi - Kluang, Felda Taib Andak, 81000 Kulai, Johor.

Hubungi: 07-2133398

Langit kebiruan menjadi latar kepada foto OOTD anda di Laman Seni Muar. Foto: Instagram Tourism Johor.

Langit kebiruan menjadi latar kepada foto OOTD anda di Laman Seni Muar. Foto: Instagram Tourism Johor.

Satu lagi lokasi OOTD menarik yang boleh anda kunjungi ialah Laman Seni Muar. Selain hamparan mural terbentang indah, terdapat puluhan payung berwarna-warni yang menjadi ‘magnet’ untuk sesiapa datang ke sini.

Alamat: Laman Seni Muar, Bandar Muar, Johor.

Deretan kedai warna-warni yang menjadi tarikan utama. Foto: Tourism Johor.

Deretan kedai warna-warni yang menjadi tarikan utama. Foto: Tourism Johor.

Eco Spring Labs merupakan satu tarikan yang wajib anda kunjungi apabila berada di Johor Bahru. Dengan dereten kedai berwarna-warni, anda akan kelihatan persis berada di luar negara.

Selepas penat bergambar, anda juga boleh membasahkan tekak di kafe-kafe yang terdapat di sekitarnya.

Alamat: 1, Jalan Ekoflora Utama, 81100 Johor Bahru, Johor.

6. Terengganu

Binaan ikonik yang menjadi tarikan terkini di Terengganu. Foto: Instagram Tourism Terengganu.

Binaan ikonik yang menjadi tarikan terkini di Terengganu. Foto: Instagram Tourism Terengganu.

Lawatan ke negeri Pantai Timur sudah pastinya tidak lengkap jika tidak berkunjung ke Kuala Terengganu Drawbridge (Jambatan Angkat Kuala Terengganu) yang tersergam indah mirip Tower Bridge di London.

Pada sebelah malam, anda akan lebih bertuah sekiranya berpeluang merakamkan foto binaan ini dengan limpahan cahaya lampu berwarna-warni khususnya ketika penganjuran sesuatu acara atau perayaan.

Alamat: Jambatan Angkat Kuala Terengganu, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu.

Hubungi: 09-6222438

Merasai keunikan budaya di Kampung Cina.Foto: Instagram Tourism Terengganu.

Merasai keunikan budaya di Kampung Cina. Foto: Instagram Tourism Terengganu.

Kampung Cina di Kuala Terengganu juga merupakan salah satu lokasi OOTD paling insta-worthy. Sarat dengan bangunan lama dari zaman kolonial yang memiliki sejarah tersendiri, deretan kedai lamanya yang masih kekal terpelihara pula sudah pastinya memberikan suntikan nostalgia dalam setiap foto anda.

Alamat: Kampung Cina, Jalan Bandar, Kuala Terengganu, Terengganu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain