suria

Padah bawa sosej McDonald dalam beg galas! Lelaki dihalau keluar Australia, visa batal serta-merta

Kerajaan Australia menguatkuasakan undang-undang Imigresen yang ketat.

AWAS ya kaki travel, jangan lupa untuk laporkan setiap barang yang dibawa jika ingin melancong ke Australia.

Kegagalan untuk bersikap jujur dengan melaporkan setiap barang atau objek yang dibawa dalam kad akuan ketibaan akan menyebabkan visa pelancongan anda dibatalkan serta merta!

Mereka yang visanya dibatalkan mesti meninggalkan Australia dengan segera dan perlu menunggu tiga tahun bagi membuat permohonan visa baharu.

Ini dua kejadian yang membuktikan kerajaan Australia tegas berkaitan apa yang anda bawa masuk ke negara mereka.

Daging mentah atau apa sahaja produk berkaitan daging tidak dibenarkan dibawa masuk ke Australia.

Daging mentah atau apa sahaja produk berkaitan daging tidak dibenarkan dibawa masuk ke Australia.

1. Daging mentah

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Menteri Pertanian dan Dalam Negeri Australia pada 30 Oktober baru-baru ini, salah seorang penumpang yang tiba di lapangan terbang negaranya menjawab 'tidak' pada soalan sama ada membawa bahan berkaitan daging, ayam atau lain-lain, pada kad ketibaan.

"Penumpang terbabit tidak mengisytiharkan membawa 3.1 kilogram daging itik, 1.4 kilogram rendang, lebih 500 gram daging lembu beku dan hampir 900 gram daging ayam di dalam begnya," kata kenyataan tersebut seperti dilaporkan news.detik.

Berdasarkan laporan media Australia, penumpang terbabit merupakan seorang lelaki dari Indonesia dan dikatakan jumlah denda yang dikenakan terhadapnya berjumlah AU$2,700 (RM8,203).

Individu tersebut juga dihantar pulang serta-merta ke negara asal.

Anjing pengesan yang membuat pemeriksaan berkaitan biosecurity di lapangan terbang Australia

Anjing pengesan yang membuat pemeriksaan berkaitan biosecurity di lapangan terbang Australia.

2. Makanan segera

Pada 1 Ogos lalu, seorang pelancong dari Indonesia telah didenda kerana membawa masuk dua sosej daging lembu McMuffins dan croissant ham ke Australia.

Ia berikutan pemeriksaan biosekuriti yang lebih ketat, selepas pengesanan penyakit kaki dan mulut (FMD) dalam lembu di Bali.

Anjing pengesan biosekuriti di lapangan terbang Darwin, Australia menghidu produk daging makanan segera dalam beg galas penumpang dan mengakibatkan pelancong tersebut didenda $2,664 (RM8,093.74)

Menurut ABC.net.au, nek daging babi dan daging lembu itu telah dirampas dan akan diuji untuk penyakit kaki dan mulut, sebelum dimusnahkan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain