suria

Anak siapa nak jadi doktor gigi atau pakar mata? Boleh bawa ke KidZania, realisasikan cita-cita si kecil

Peserta boleh merasai pengalaman menjadi doktor gigi.

CUTI sekolah sememangnya waktu yang ditunggu-tunggu oleh kanak-kanak.

Pada waktu inilah mereka berpeluang menghabiskan masa dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga seperti bercuti di kampung, beriadah, melancong dan sebagainya.

Memandangkan cuti sekolah hampir tiba, ibu dan bapa pastinya pening kepala atau buntu untuk merancang aktiviti bersama anak-anak mereka.

Usah bimbang! Apa kata bawa anak-anak anda ke KidZania Kuala Lumpur untuk meneroka pelbagai aktiviti baharu sempena kolaborasi dengan KODOMO, jenama penjagaan mulut kanak-kanak yang dipercayai oleh generasi ibu dan Optimax, pusat pakar mata yang paling terkenal di Malaysia.

Dengan kedua-dua rakan kongsi baharu ini, kanak-kanak bukan sahaja akan mendapat peluang menjadi seorang pakar optometris atau doktor gigi, malah mereka juga akan mendapat pelajaran hidup yang tidak ternilai melalui pembelajaran hands-on.

kid 2

Kanak-kanak berpeluang mempelajari tugas seorang pakar optometri.

Ini termasuk mempelajari kepentingan dan faedah kebersihan pergigian dan mengekalkan kesihatan mata yang baik.

Di KODOMO, aktiviti yang disediakan adalah pemeriksaan pergigian di mana peserta muda boleh menjadi doktor gigi pada hari tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Jom didik anak pilih barang runcit, KidZania tawar pengalaman pupuk kesedaran kesihatan sejak kecil

Mereka juga akan belajar cara menjaga gigi, kepentingan memberus dan flos setiap hari.

Selain itu, kanak-kanak juga akan belajar tentang jenis makanan yang boleh menyebabkan gigi berlubang atau menyebabkan kemudaratan kepada gigi mereka jika tidak digosok selepas makan.

Manakala dii Optimax, kanak-kanak akan dapat belajar tentang kepentingan penglihatan dan cara menjaga mata mereka.

kid 3

Optimax berkolaborasi bersama KidZania untuk membawakan pengalaman dan pelajaran kepada kanak-kanak berkaitan penjagaan mata.

Sememangnya ia satu perkara yang dititikberatkan, lebih-lebih lagi ketika ini kanak-kanak banyak terdedah dengan tabiat kurang sihat seperti penggunaan gajet yang berlebihan.

Menerusi aktiviti ini, kanak-kanak yang ingin mencuba menjadi pakar optometris akan diberi peluang untuk memeriksa, mendiagnosis dan merawat mata pesakit mereka, manakala mereka yang berperanan sebagai pelanggan akan menjalani pemeriksaan mata oleh optometris.

Wah memang menarik! Pastinya anak-anak anda tak sabar untuk turut beraktiviti dan meneroka perkara baharu.

Tidak sekadar menyeronokkan, pastinya aktiviti yang disediakan dapat merangsang minda serta memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian mereka. Memang berbaloi!

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain