suria

Santai tengok sunset, lepak malam pun best! Pantai Saujana kini ceria dengan sofa angin, lebih happening

Sofa angin disewakan pada harga serendah RM5 sejam dan percuma buat ibu hamil.

REZEKI tak pernah salah alamat.

Begitulah perjalanan hidup seorang pengusaha sofa angin di Port Dickson, Negeri Sembilan yang semakin terkenal dalam kalangan pelancong dalam dan luar negara.

Menurut Afizal Bakhtiar, 28, dia memulakan perniagaan itu kerana mahu memeriahkan Pantai Saujana, Batu 4, yang dahulunya sepi tanpa sebarang aktiviti menarik.

afizal1

Bisnes sofa angin yang diusahakan Afizal mendapat sambutan ramai selepas diperkenalkan pada tahun 2017.

"Dulu pantai tu kosong dan suram. Tiada tarikan, orang hanya datang, duduk tengok laut dan terus balik. Tak ada aktiviti menarik.

"Jadi saya terfikir nak buat kelainan. Saya letak sofa angin untuk disewa. Saya bermula dengan tujuh buah sofa angin saja pada waktu itu. Modal pun tak sampai RM300.

ARTIKEL BERKAITAN: Sambutan tahun baharu di pantai sambil BBQ, macam-macam aktiviti ada! Jom ke Lexis Hibiscus Port Dickson

"Alhamdulillah, sekarang saya dah ada 150 sofa angin. Kalau tak tahu nak lepak di mana, boleh datang ke Pantai Saujana," ujarnya kepada mStar.

Afizal memulakan perniagaan itu dengan tujuh buah sofa angin pada tahun 2017.

Menurut Afizal, dia berniaga setiap hari kecuali pada hari hujan dan hanya mengenakan bayaran serendah RM5 untuk sewaan sofa angin selama sejam.

Untuk hari biasa, operasi perniagaan itu dimulakan pada jam 5.30 petang dan berakhir pada pukul 2 atau 3 pagi.

Pada hari minggu pula, Afizal akan melanjutkan operasi perniagaannya sehingga 5.30 pagi.

254515890_279335917374908_4406487009106125033_n

Suasana meriah pada waktu malam di Pantai Saujana.

Lebih menarik, dia juga menawarkan sofa angin percuma untuk ibu mengandung yang berkunjung ke pantai peranginan itu.

Bercerita mengenai perjalanannya, Afizal berkata dia hampir berputus asa, namun tetap meneruskan perniagaan demi isteri dan dua anaknya.

Dia juga sempat menitipkan ucapan terima kasih buat semua pelancong yang banyak memberi sokongan terhadap perniagaannya selama ini.

WhatsApp Image 2023-01-07 at 2.41.30 PM (3)

Operasi perniagaan itu dilanjutkan sehingga 5.30 pagi pada hujung minggu,

"Kalau di Port Dickson, ramai yang suka ke Teluk Kemang. Tapi di sana sampai petang je, malam dah tak ada. Jadi, saya cuba fokus untuk tarikan waktu malam di Pantai Saujana.

"Dulu memang mencabar, orang tak datang sangat, orang pun tak kenal. Faktor hujan lagi. Memang susah, saya pernah rasa nak putus asa. Bila kenang anak dan isteri, saya teruskan juga sampai orang kenal.

"Sekarang rasa macam dah terbalas. Alhamdulillah, Pantai Saujana semakin meriah dan dikenali. Sekarang bukan hanya ada sofa angin, permainan lain serta food truck pun ada.

83018256_471435613739035_8120343789645241371_n

Panorana matahari terbenam yang menjadi tarikan utama.

"Ribuan terima kasih sebab ramai yang datang beri sokongan. Bermula dari kosong, sekarang makin ramai orang datang," ujarnya yang aktif membuat promosi sofa angin menerusi aplikasi TikTok.

Selain aktiviti lepak waktu malam yang semakin popular, Pantai Saujana turut menawarkan panorama indah ketika matahari terbenam pada waktu senja.

Lambakan sofa angin warna-warni di atas pasir pantai yang memutih juga pastinya cukup 'insta-worthy untuk diabadikan menerusi foto di media sosial anda!

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain