PARKROYAL Langkawi Resort yang disifatkan seperti syurga tepi laut bakal membuka pintunya untuk para pelancong pada 15 Februari ini. Terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, resort tersebut merupakan destinasi ideal percutian tepi laut yang mewah, romantik serta sesuai untuk seisi keluarga. Berikut kami kongsikan beberapa tarikan yang perlu anda tahu. Hidangan lazat di restoran Cassia merupakan tempat makan sepanjang hari yang mempamerkan kulinari masakan tempatan dan antarabangsa. Pelbagai kemudahan dan jenis bilik eksklusif tersedia di Parkroyal Langkawi Resort. Restoran moden ini memenuhi keperluan tetamu yang lebih suka berehat sambil menikmati hidangan lazat dengan pemandangan yang luar biasa. Lancava pula fokus dalam menyajikan makanan laut dengan pengaruh Asia Tenggara, menggunakan herba segar dan aromatik dari taman yang dibina di hotel tersebut. Hiburan sambil bersantai di tepi laut Para tetamu yang suka akan suasana tropika boleh menuju ke Ocean View Lounge yang mempunyai pemandangan lautan yang menyeluruh. Pemandangan laut indah untuk dialami tetamu hotel tersebut. Ruang rehat tersebut menawarkan waktu riang harian, acara bertema seperti ‘Fiery Friday’ dan ‘Sunday Funday’, serta pelbagai aktiviti di pantai dan kolam renang, seperti DJ dan hiburan pancaragam secara langsung. Fasiliti untuk rehatkan badan dan minda Selain itu, para tetamu boleh memanjakan diri mereka di Suasana Spa yang menawarkan urutan badan, rawatan muka, rawatan spa serta pelbagai rawatan kecantikan. ARTIKEL BERKAITAN: Lemau dan bosan? Cabar diri anda di Langkawi... 7 aktiviti ini pasti tingkatkan adrenalin Mulai sekarang hingga 28 Februari 2023, Parkroyal Langkawi Resort akan mengadakan tawaran pra-pembukaan untuk semua tetamu yang ingin merasai pengalaman bercuti di pulau peranginan itu. Tetamu yang menempah dalam tempoh promosi akan mendapat tawaran istimewa seperti berikut: 1. Diskaun 15 peratus daripada Kadar Terbaik (BAR) Bufet sarapan pagi harian untuk dua orang dewasa. 2. Mocktail atau koktel percuma untuk dua orang daripada menu minuman pilihan khas di Ocean View Lounge. Fasiliti hotel yang kelihatan moden dan selesa untuk pelancong. 3. Diskaun 20 peratus untuk sebarang rawatan a-la-carte di Suasana Spa dan akses percuma ke Jungle Camp Kids Club. 4. Tambahan 10 peratus diskaun BAR untuk ahli Pan Pacific Discovery, dijamin daftar keluar lewat pada jam 3 petang, hadiah alu-aluan dan banyak lagi. Bersedia untuk menjadi resort pilihan utama di The Isle of Legends, Parkroyal Langkawi menawarkan enam jenis bilik, lapan jenis suite, dan tujuh vila yang luas dan eksklusif dengan kemudahan yang unik. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube