suria

Teroka Australia Barat jika mahu percutian mesra Muslim! Pemandangan indah, makan best, komuniti Melayu pun ada

Australia Barat destinasi pilihan yang mesra muslim yang menjanjikan pelbagai keunikan termasuk budaya masyarakat setempat.

JIKA anda merancang untuk percutian santai yang penuh pengembaraan dan mesra Muslim di luar negara, Australia Barat adalah jawapannya.

Bukan hanya menawarkan kemudahan dan perkhidmatan mesra Muslim di seluruh negeri, destinasi ini juga menghargai kepelbagaian budaya.

Malah tempoh penerbangan dari Kuala Lumpur ke Perth (Boorloo), ibu negeri Australia Barat hanya mengambil masa lima jam.

Berikut merupakan beberapa idea untuk membantu anda memulakan kembara jalanan mesra Muslim nanti.

1. Hub aktiviti dan penerokaan budaya

Banyak tempat awam, hotel dan restoran yang menawarkan pilihan makanan halal serta kemudahan solat bagi memenuhi keperluan pengembara Muslim.

Masjid juga terdapat di bandar-bandar utama seperti Perth, Fremantle (Walyalup) dan Broome (Rubibi).

Jangan lupa untuk meneroka warisan budaya negeri dengan melawat masyarakat tempatan, termasuklah komuniti Melayu di Katanning di samping menikmati keindahan panoramanya.

Kembara jalanan menjanjikan laluan dengan panorama indah. -Gambar Tourism Western Australia

Kembara jalanan menjanjikan laluan dengan panorama indah. -Gambar Tourism Western Australia

2. Kembara jalanan

Salah satu faedah pengembaraan jalanan adalah elemen spontan dan fleksibelnya.

Dengan keupayaan untuk menerokai negeri tersebut mengikut jadual dan akses ke kemudahan mesra Muslim, anda boleh menjelajahi tempat-tempat tersembunyi dan menghayati keindahan alam sekitar.

Salah satu laluan pengembaraan jalanan yang popular ialah Coral Coast yang merentasi Exmouth dari Perth.

Di sepanjang jalan, anda dapat menyaksikan pelbagai tarikan dan pengalaman seperti gaung, pantai berpasir putih, beting pasir dan pelbagai hidupan laut unik seperti penyu, dugong, ikan lumba-lumba liar dan kemungkinan ikan paus bungkuk.

Pelbagai makanan laut segar disediakan untuk santapan dan semestinya hidangan halal. -Gambar Tourism Western Australia

Pelbagai makanan laut segar disediakan untuk santapan dan semestinya hidangan halal. -Gambar Tourism Western Australia

3. Hasil laut dan buah-buahan segar

Sekiranya anda inginkan gabungan antara pengembaraan urban dan alam sekitar yang tidak dapat dilupakan, terokalah jalan dengan pemandangan indah ke barat daya Perth.

Di sini, anda akan disapa dengan hutan-hutan menjulang tinggi dan puncak gunung yang bergabung dengan lautan indah.

Sambil meneroka, anda juga dapat merasa hasil-hasil segar daripada makanan laut dan buah-buahan tempatan di ladang anggur, ladang pertanian mahupun pasar tani seperti Olio Bello dan Bunbury Farmers Market.

Walaupun terdapat banyak laluan yang boleh dipilih dan tarikan untuk diterokai, panduan kembara jalanan Australia Barat adalah sumber bernilai untuk para pengembara.

Ia menampilkan peta yang dipenuhi destinasi-destinasi ikonik untuk diterokai, pilihan perjalanan pendek dan panjang, laluan bunga-bunga liar serta kalendar alam sekitar.

Jadi, apa lagi yang anda nantikan? Bersedialah untuk menerokai kesemua keajaiban sepanjang perjalanan anda nanti.

Untuk maklumat lanjut mengenai Australia Barat, sila layari www.westernaustralia.com.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain