suria

Siap ada taman tema air terbesar di dunia, kapal mewah gergasi ‘Icon of the Seas’ bakal membelah lautan Januari 2024

Pelbagai persembahan turut disediakan untuk tatapan pelancong.

BUKAN sekadar mewah, Royal Caribbean International Icon of the Seas merupakan kapal persiaran terbesar di dunia.

Bakal dilancarkan pada awal 2024, kapal persiaran ini hadir dengan saiz berukuran 365 meter panjang dan berat kira-kira 250,800 tan.

Difahamkan, saiz kapal ini adalah kira-kira lima kali ganda lebih besar berbanding Titanic.

Royal Caribbean International Icon of the Seas juga boleh memuatkan sehingga 7,600 penumpang bersama dengan 2,350 anak kapal yang menampilkan kapasiti keseluruhan mencecah 10,000 orang sekali gus.

Royal Caribbean International Icon of the Seas bersaiz lima kali ganda lebih besar berbanding Titanic.

Royal Caribbean International Icon of the Seas bersaiz lima kali ganda lebih besar berbanding Titanic.

Apa yang menarik tentang kapal persiaran ini, ia menampilkan taman tema air terbesar di dunia yang dilengkapi dengan enam gelongsor besar, tujuh kolam renang dan sembilan pusaran air.

Terdapat juga tempat persembahan yang dikenali sebagai AquaDome.

The Icon of the Seas mempunyai lapan kawasan kejiranan yang berbeza sekali gus menjadikannya percutian mesra keluarga.

Ia juga secara kolektif menempatkan lebih daripada 40 tempat makan, bar dan hiburan malam, serta 20 geladak keseluruhan.

Menurut Royal Caribbean, pelayaran itu selesai melakukan ujian laut pertamanya pada Julai 2023 di Turku, Finland, yang mana ia melibatkan lebih daripada 450 pakar menjalankan ujian ke atas mekanik kapal selama empat hari.

Kapal itu perlu melalui pusingan kedua ujian laut akhir tahun ini, sebelum penampilan pertamanya yang dijadualkan di Miami pada Januari 2024. - Tajria

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain