suria

Minum kopi premium, makan roti bakar dalam gua sambil layan ‘view’ sawah... Nikmat berkunjung ke Bukit Tau!

Suasana di dalam gua menjanjikan pengalaman yang berbeza. -Gambar Hasifah RYG

UNIK dan rare!

Bagi kaki travel yang gemarkan kelainan, Bukit Tau, Padang Lati Padang Besar di Perlis adalah pilihan terbaik untuk menghabiskan baki cuti pada hujung tahun.

Di situ, nikmatilah secawan kopi enak setanding jenama mewah antarabangsa pada harga serendah RM5 sambil meneroka keunikan gua batu kapur.

Anda juga berpeluang melakukan pelbagai sukan ekstrem bersama anak-anak.

Pemandangan di Bukit Tau juga menarik di samping pelbagai aktiviti. -Gambar Hasifah RYG

Pemandangan di Bukit Tau juga menarik di samping pelbagai aktiviti. -Gambar Hasifah RYG

Jangan lupa mengabadikan kenangan di Bukit Tau dengan latar belakang pemandangan sawah padi berwarna kuning keemasan.

Berkongsi pengalaman ke destinasi popular di negeri utara Semenanjung itu, pelayar TikTok Hasifah RYG berkata, kopi yang disediakan bersama roti bakar di situ rasanya 'sangat premium' kerana mereka menggunakan mesin barista.

Vibes berada di situ yang sangat mahal dan sukar diperoleh di mana-mana tempat. Di situ ada aktiviti permotoran ATV yang menarik,” ujarnya.

Tambahnya, pelancong luar dari Perlis juga tidak perlu bimbang tentang surau jika ingin menunaikan solat kerana terdapat tempat mengambil wuduk dan ruang sembahyang yang bersih serta selesa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain