suria

Sejarah tercipta, ular terpanjang di dunia dibina di Legoland Malaysia!

Lebih sejuta Lego digunakan untuk menyiapkan Ular Lego terpanjang. -Foto Legoland Malaysia Resort

KEHANGATAN Tahun Baru Cina masih terasa di Legoland Malaysia Resort!

Legoland menyambut tahun ular dengan penuh kemeriahan sempena Tahun Baru Cina bermula 16 Januari hingga 23 Februari ini.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan bagi memastikan pengunjung merasai kemeriahan Tahun Baru Cina seperti persembahan menakjubkan, penampilan khas, aktiviti perayaan hingga hadiah bertuah.

Paling menarik, anda berpeluang menjadi sebahagian daripada sejarah dengan menyertai cabaran membina ular Lego terpanjang di dunia.

Naib Presiden Legoland Malaysia, CS Lim, (kanan) dan Pengarah Jualan dan Pemasaran  Legoland Malaysia Resort, Thila Munusamy melancarkan pembinaan Ular Lego terpanjang. - Gambar Legoland Malaysia Resort

Naib Presiden Legoland Malaysia, CS Lim, (kanan) dan Pengarah Jualan dan Pemasaran Legoland Malaysia Resort, Thila Munusamy melancarkan pembinaan Ular Lego terpanjang. -Foto Legoland Malaysia Resort

Lebih 10 tahun lalu, Legoland Malaysia berjaya mencatatkan rekod dunia dengan pembinaan ular Lego sepanjang 318 meter, disertai oleh lebih daripada 5,000 pengunjung.

Kini, ia kembali mencipta sejarah sekali lagi dengan membina ular kayu mistik yang lebih panjang, iaitu sepanjang 338 meter.

Kali ini lebih sejuta lego digunakan untuk mewujudkan ular gergasi yang melingkari bahagian pintu masuk taman tema.

Bukan sahaja kanak-kanak, orang dewasa juga dijemput untuk menyertai pembinaan epik ini, dan menambah sentuhan peribadi anda pada karya agung yang penuh semangat dan tradisi ini.

Huat a Show!

Bersiap sedia juga untuk menyaksikan persembahan langsung harian di pentas perayaan yang berada di kawasan pintu masuk, di mana pelbagai acara yang memukau dipersembahkan untuk memeriahkan suasana.

Antaranya tayangan pembukaan Tahun Baru Cina dengan pengunjung dapat saksikan tarian budaya Cina dan seni mempertahankan diri.

Selain itu, nikmati juga Beats of Celebration iaitu irama kuat gendang Cina tradisional yang digabungkan dengan tarian warisan yang memaparkan keindahan dan keharmonian gerakan serta bunyi.

Jadilah sebahagian pencipta sejarah dengan sama-sama membina Ular Lego terpanjang. - Gambar Legoland Malaysia Resort

Jadilah sebahagian pencipta sejarah dengan sama-sama membina Ular Lego terpanjang. -Foto Legoland Malaysia Resort

Manakala, Farewell Show pula mengakhiri hari anda dengan persembahan yang menakjubkan, menampilkan pelbagai elemen budaya yang menyemarakkan suasana perayaan.

Ninjas, Go!

Bagi penggemar dunia ninja, Lego Ninjago World adalah destinasi terbaik untuk meningkatkan kemahiran.

Bersiaplah untuk melengkapkan latihan ninja dengan mereka bentuk dan membina Mata Ninja Lego anda sendiri.

Malah, pengunjung juga berpeluang mengikuti bengkel ninja yang oleh Master Wu, di mana anda boleh mempelajari pelbagai gerakan seni mempertahankan diri..

Antara aktiviti yang disajikan sempena sambutan Tahun Baru Cina di Legoland Malaysia. - Gambar Legoland Malaysia Resort

Antara aktiviti yang disajikan sempena sambutan Tahun Baru Cina di Legoland Malaysia. -Foto Legoland Malaysia Resort

Pengembaraan perayaan

Nikmati pengalaman brick-tastic yang menyeronokkan untuk seisi keluarga dengan menyertai Kelas Pembinaan Lego yang dikendalikan oleh Master Model Builder.

Di sini, pengunjung boleh mempelajari teknik membina ular Lego sendiri. Selain itu, mencari 12 minifigure Zodiak Cina yang tersembunyi di kawasan permulaan dan Miniland untuk memenangi hadiah menarik.

Aktiviti yang tidak boleh dilepaskan

Ini peluang terbaik untuk Meet & Greet dengan watak lego kegemaran anda seperti Sora, Arin, dan Master Wu, dan berpeluang bertemu Ollie the Dragon yang berpakaian khas Tahun Baru Cina.

Jangan ketinggalan menyertai kelas kaligrafi Cina dengan menerokai seni halus pada minggu gala dan belajar teknik menulis aksara dengan berus tradisional.

Selain, cabutan bertuah kemakmuran dengan pengunjung berpeluang untuk memenangi hadiah menarik dengan berbelanja RM188 dan ke atas dalam satu resit semasa minggu gala.

Jangan lepaskan peluang untuk merasai keceriaan dan kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina di Legoland Malaysia Resort.

Artikel Lain