suria

Yee Sang halal istimewa sempena ‘Tahun Tikus’ menanti anda di Putrajaya

Hotel Marriot Putrajaya menawarkan pakej Yee Sang istimewa sempena Tahun Baru Cina ini.

SEMPENA kedatangan Tahun 2020 yang dianggap istimewa dengan permulaan dekad baharu, Hotel Marriot Putrajaya menawarkan pakej istimewa bagi sambutan Tahun Baharu Cina ini.

Perayaan yang bakal disambut pada 25 Januari ini dianggap istimewa sempena Tahun Tikus sebagai permulaan dan pembaharuan dalam kehidupan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu di awan biru, kini Nasi Lemak Pak Nasser boleh dinikmati di Santan dan T&CO!

Dengan mengalu-alukan tahun yang baik ini, Restoran Summer Palace Sau Gong menawarkan pakej menu istimewa hasil sentuhan Chef James Chai untuk ahli keluarga atau rakan-rakan berkumpul meraikan hari gembira ini.

Salah satu hidangan yang terdapat dalam pakej yang ditawarkan.

Menurut Chef Chai , setiap makanan yang dihidangkan ini mempunyai simbolik makna yang berbeza-beza. 

Antaranya adalah, masakan ikan dan cendawan memberi makna tentang kehidupan yang mewah.

Masakan yang melibatkan udang dan timun pula simbolik kepada keceriaan atau kegembiraan dalam kehidupan.

Dan yang paling penting mihun yang terdapat dalam hidangan Yee Sang ini memberi makna panjang umur.

Chef Chai juga turut berkongsi rahsia setiap masakan yang dihidangkan itu.

"Pemilihan bahan-bahan dan pemantauan ketika memasak adalah penting termasuk suhu yang tepat bagi memastikan tekstur makanan itu sempurna dan sedap," ujarnya.

Setiap hidangan mempunyai makna simbolik tersendiri.

Dengan tawaran harga yang sangat berpatutan demi meraikan hari gembira ini, bermula 1 Januari hingga 10 Februari ini, dua pakej diperkenalkan dengan kombinasi hidangan menarik yang menyelerakan.

Bagi hidangan Set A bernilai RM1,688  (sebuah meja) dengan tujuh menu termasuk Salmon Yee Sang with Fish Skin and Mixed Pickles.

Manakala bagi Set B pula bernilai RM1,988 (sebuah meja) lebih istimewa dengan hidangan Abalone’ Ear Fungus Yee Sang with Crispy Fish Skin and Mix Pickles.


Sentuhan istimewa Chef Chai sempena Tahun Baharu Cina.

Setiap set diikuti dengan pelbagai menu-menu menarik termasuk sup ketam, udang harimau, ikan kerapu, ayam, itik dan sebagainya.

Bagi memeriahkan lagi sambutan Tahun Baru Cina ini, Hotel Marriot Putrajaya  ini turut menawarkan Yee Sang Offering bermula 6 hingga 10 Februari dengan harga bermula RM68 hingga RM238 mengikut menu dan saiz.

Selain itu, Summer Palace juga menyediakan ruang peribadi maksimum 40 orang untuk sebarang majlis yang ingin dianjurkan. Malah ia juga mampu menampung sehingga 250 orang untuk majlis keramaian atau majlis perkahwinan.

Artikel Lain