KALAU dah namanya rakyat Malaysia, tak lengkap kalau makan nasi tanpa sambal belacan atau cili padi sebagai pembuka selera! Maka tidak hairan juga, mi segera pedas berapi atau apa sahaja masakan berkaitan cili menjadi perhatian dan trend. ARTIKEL BERKAITAN: Keju meleleh pizza 'jangok' Mek Ani bikin tak keruan ARTIKEL BERKAITAN: Sentuhan fusion menu negara Gajah Putih buat anda teringat-ingat, pasti puas hati! Tapi nanti dulu! Jika ada belum merasai nasi ayam sambal mayat di gerai Tok Mom's Kitchen yang terletak di The Port, Petaling Jaya maka anda perlu ke sana untuk kenal apa itu erti kepedasan! Nasi daging kicap telur menu paling ideal buat yang gemarkan masakan ringkas tetapi enak! Penulis sendiri pada awalnya tertanya-tanya dengan nama menu itu yang kedengaran menakutkan! Tapi bila sekali suap, kepedasannya memang tak boleh di bawa bincang dan boleh menyebabkan anda bergelar 'jenazah'! Maka tak hairanlah namanya nasi ayam sambal mayat - tapi bagi penggemar makanan pedas, menu itu memang untuk anda. Ia bukanlah pedas semata-mata sebaliknya mempunyai rasa yang cukup enak dan buat anda makan sampai habis ditambah pulak kelembutan ayam yang bersalut dengan sambal dan telur dadar. Memang ngam! Antara menu lain di Warung Kengkawan termasuk singgang daging dan ayam masak butter. Sempat berbual dengan pemilik Tok Mom's Kitchen, Khairina Khairadin memberitahu, proses menyediakan sambal mayat itu agak rumit kerana ia perlu ditumis selama dua jam bagi memastikan cili digunakan benar-benar masak. Tempoh itu diambil bagi memastikan cili dimasak dengan baik agar tiada yang sakit perut selepas memakannya. Licin hirup kuah singgang daging Warung Kengkawan! Bagi mengurangkan rasa pedas, apa kata order singgang daging di Warung Kengkawan yang tidak disangka-sangka memang sedap berbanding singgang ikan. Pelbagai menu di Nasi Kukus Leleyy. Kemanisan daging memberikan rasa singgang itu cukup berbeza malah anda tidak boleh berhenti menghirup kuahnya. Itu belum lagi 'pekena' nasi daging kicap telur - menu simple tetapi enaknya, MasyaAllah! Daging diperap menggunakan kicap pekat dan cair sebelum digoreng menjadikan ia cukup empuk sebelum ditumis dengan sambal istimewa bersama telur. Bagi yang gemarkan hidangan ringkas tetapi menyelerakan, nasi daging kicap telur dan singgang daging adalah jawapannya malah ia adalah antara menu paling popular di Warung Kengkawan. Bagi yang gemarkan nasi kukus ayam berempah dan churos boleh ke gerai nasi kukus leleyy. Churos buat anda tersandar Lepak di The Port memang buat tak keruan sebenarnya kerana terdapat pelbagai pilihan makanan dan antara pilihan lain penulis adalah nasi kukus leleyy. Ia mungkin hanya nasi kukus, tetapi apa membuatkan ia istimewa terletak pada ayam berempah dan kuah yang disertakan membuatkan anda tak pandang kiri dan kanan. The Port dibuka setiap hari dari pukul 6 petang hingga 1 pagi. Biasanya kebanyakan nasi kukus menggunakan kuah kari namun berlainan dengan nasi kukus leleyy yang mengolah menjadi resepi tersendiri. Jika ada yang ingin sesuatu yang manis, jangan segan, order churos dihidangkan bersama sos coklat dan caramel. Memang tersandar sebab sedap! The Port dibuka setiap hari dari pukul 6 petang hingga 1 pagi. View this post on Instagram Sambal ‘mayat’ boleh buat anda tak keruan, ada pula singgang daging... Memang padu! #mstarxpose #makanmakan #selera #mstarQ A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Jan 27, 2020 at 9:28pm PST