RAMAI daripada kita kalau pergi menonton wayang gemar membeli tiket pada saat-saat akhir. Nah! Akhirnya terpaksa menunggu lama sementara menanti waktu tayangan. Mulalah menggaru kepala tak tahu nak buat apa. Tapi ia bukan lagi satu masalah kerana di Golden Screen Cinemas Sdn Bhd (GSC) terdapat sebuah restoran yang boleh dijadikan tempat menunggu serta menikmati hidangan 'fine dining'. ARTIKEL BERKAITAN: Pening cari idea kejutan? Pawagam paling mewah di Malaysia bakal jadi lokasi ‘dating’ istimewa, siap boleh baring! ARTIKEL BERKAITAN : Sambal 'mayat' boleh buat anda tak keruan, ada pula singgang daging... wah memang padu! Terletak di Aurum Theatre, The Gardens Mall, Kuala Lumpur, Jin Gastrobar menawarkan pelbagai menu menyelerakan bermula daripada hidangan pembuka selera hinggalah pencuci mulut. Meatball Arancini pilihan pembuka selera yang lazat. Berdasarkan pengalaman penulis yang berkesempatan berkunjung sendiri ke restoran itu sebelum menanti waktu tayangan filem - ia spot terbaik untuk rileks dan menikmati hidangan menyelerakan bersama rakan-rakan atau si dia selepas waktu bekerja, makan tengah hari atau malam! Seni bina Jin Gastrobar juga cukup mengagumkan dengan menampilkan konsep sophisticasual dengan sentuhan zaman kegemilangan panggung wayang dan glamor klasik sesuai bagi yang gemar merakam foto untuk Instagram. Kedudukannya di tengah-tengah Aurum Theatre, Jin Gastrobar bukan menghidangkan makanan segera atau sedia ada dan hanya dipanaskan, sebaliknya ia dimasak mengikut pesanan menggunakan bahan-bahan terbaik oleh cef berpengalaman. Kegemaran penulis, Sizzling Prawns. Sebagai pembuka selera, penulis memesan dua jenis hidangan, Meatball Arancini iaitu bebola nasi yang disumbat dengan ayam dan cendawan. Membuatkan bertambah sedap, ia turut disiram dengan sos marinara yang membuatkan bebola nasi itu cukup menyelerakan! Itu belum lagi Cajun Seafood Croquettes, yang menghidangkan pelbagai jenis makanan laut bersama sos tartar sebagai pencicah. Sedar tak sedar habis sepinggan. Hiasan dalaman Jin Gastrobar cukup menarik untuk Instagram anda! Bagi pemegang tiket Aurum Theatre, anda juga boleh memesan hidangan seperti Ntermezzo Nachos dan Ginger Teriyaki Skewers untuk dimakan di dalam panggung. Cool bukan? Bagi yang ingin sesuatu lebih berat, penulis cadangkan untuk order Sizzling Prawns yang digoreng bersama bawang putih dan minyak zaitun bercili. Penggemar piza, anda juga boleh memesan Polpa Di Granchio Flatbread Pizza yang sarat dengan isi ketam, herba pesto, mozarela, pecorino romano dan tomato ceri. Sesuai untuk dikongsi bersama yang lain. Bagi yang sukakan sesuatu yang mewah tetapi harga berpatutan, Truffle Carbonara Spaghetti adalah jawapannya! Kegemaran peribadi penulis sudah tentu Truffle Carbonara Spaghetti yang digaul bersama jus truffle, kepingan ayam turki dan paling menarik telur organik separuh masak dan cendawan. Saat telur dipecahkan dan digaul rata bersama spageti, rasanya memang cukup enak dan anda pasti tidak mahu berkongsi dengan si dia. Akhiri hidangan hebat itu di Jin Gastrobar dengan pencuci mulut seperti Chocolate Lava Cake dan Creme Brulee. Soal harga, anda jangan bimbang kerana ia di antara RM19 hingga RM40 sahaja. Untuk keterangan lanjut layari jingastrobar.com.my.