suria

Atas semangat #InThisTogether... Jom niaga di Santan e-bazar, dibuka Ramadan ini!

JENAMA Santan mengambil inisiatif digital bagi membantu peniaga mikro, kecil dan persendirian yang menjual juadah sepanjang Ramdan ini.

Menerusi program tersebut, peniaga akan dapat meneruskan perniagaan mereka dengan membuat jualan secara e-bazar melalui laman web santan.com.my bermula 23 April 2020 hingga 23 Mei 2020.

Menyedari ramai peniaga akan terjejas sepanjang bulan puasa, Santan mempelawa semua peniaga di Lembah Klang untuk mendaftar perniagaan mereka di laman web tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Duduk rumah, pesan online, kami hantar order! Jom semak senarai servis makanan di kawasan sekitar anda

Pengurus Besar Santan, Catherine Goh berkata, pihaknya juga bekerjasama dengan beberapa rakan penghantar di Lembah Klang bagi memastikan semua pesanan dapat dinikmati sewaktu tempoh penjarakan sosial.

"Berikutan situasi semasa dan atas semangat #InThisTogether, kami percaya bahawa ini adalah masa yang penting untuk kita terus menyokong komuniti tempatan.

"Terutamanya apabila sebahagian besar bergantung kepada perniagaan mereka di bulan Ramadan untuk terus menyara keluarga.

"Justeru, kami berbesar hati untuk mengumumkan inisiatif ini untuk membantu memasarkan produk mereka di platform kami dan menyediakan pengalaman bazar yang selamat untuk semua," katanya.

Catherine memberitahu pihaknya ingin turut sama membantu meringankan beban peniaga yang terkesan dengan situasi kini, selain teruja melihat nama-nama besar lain memainkan peranan mereka.

Malah katanya, semua produk Santan seperti Pes Nasi Lemak Rendang dan Sambal Pak Nasser, mi cawan dan sebagainya turut boleh didapati di laman web ourshop.com yang boleh dihantar ke seluruh Semenanjung Malaysia.

Santa, e-Bazar Ramadan, Covid-19, PKP

Artikel Lain