suria

Minum di kafe sedap, ‘tapau’ macam kurang pula nikmatnya... kenapa kopi berubah rasa?

Ramai beranggapan kopi mempunyai rasa yang berbeza jika ia dibungkus.

KOPI bukan sahaja minuman tetapi sudah menjadi gaya hidup masa kini dan ramai menganggap kopi yang dibeli di kafe rasanya lebih enak berbanding dibuat sendiri di rumah.

Malah ada juga beranggapan, kopi yang dibungkus dan dibawa pulang rasanya tidak seenak minum di kafe. Benarkah?

ARTIKEL BERKAITAN: Apa itu Panna Cotta? Rasa seperti puding, pencuci mulut dari Itali kini kesukaan ramai

Ahli psikologi Charles Spence seperti dilaporkan Eat This menjelaskan perkara itu terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor dan antaranya adalah bekas penutup minuman.

Spence menjelaskan kebiasaannya kopi yang dibungkus akan ditutup dengan penutup bagi mengelakkan ia tertumpah namun sebenarnya ia turut membuatkan aroma kopi terperangkap dan seseorang tidak dapat menikmati keasyikan baunya.



Aroma kopi boleh membangkitkan rasa semangat terutamanya pada waktu pagi.

Ia sekali gus menyebabkan kenikmatan kopi itu menjadi berbeza sehinggakan ramai menyedari rasanya berbeza berbanding minum di kafe.

Dalam buku tulisannya, Gastrophysics: The New Science of Eating, Spence menjelaskan faktor penilai keenakan sesuatu makanan atau minuman itu bukan sahaja bergantung kepada rasanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sebaliknya ia turut berdasarkan apa yang boleh dilihat dan dirasai seseorang turut memainkan peranan dalam meningkatkan rasa sesuatu makanan atau minuman.

Oleh itu katanya, apabila menikmati secawan kopi di kafe bersama rakan-rakan, rasanya boleh jadi lebih enak bukan hanya kerana kopi itu - tetapi keadaan sekeliling seperti bau kopi yang semerbak di dalam kafe, suasana dan mood seseorang.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain