WAKTU lapang mesti anda mahukan sesuatu untuk dijadikan sebagai kudapan pada sebelah petang sambil menonton televsiyen, betul tak? Namun bahaya sekiranya anda memilih makanan yang tidak berkhasiat untuk dijadikan sebagai snek ringan kerana boleh memudaratkan kesihatan.ARTIKEL BERKAITAN : Minum di kafe sedap, ‘tapau’ macam kurang pula nikmatnya... kenapa kopi berubah rasa? Pernah tak anda terfikir bahawa ubi boleh dijadikan sebagai kudapan sekaligus ia mempunyai nutrisi yang baik untuk badan. Bukan itu sahaja, ubi juga makanan karbohidrat yang mampu menggantikan nasi sebagai makanan rutin. Terdapat pelbagai cara sajian yang anda boleh hidangkan sama ada, rebus, kukus atau goreng. Menurut seorang tukang masak Wira Hardiyansyah, membuat kerepek ubi tidak renyah dan ia lebih menyihatkan. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! Bahan-bahan • Ubi keledek • Minyak secukupnya • Garam dan serbuk perasa Cara penyediaan • Pastikan anda hiris ubi dengan halus, agar ianya rangup dengan menggunakan pisau atau menggunakan sagat sayur. • Rendam dengan air garam untuk seketika sebagai perasa. • Setelah rendam anda boleh goreng untuk kali pertama dengan api yang perlahan selamat lima minit. • Teruskan panas minyak dan goreng sekali lagi dengan api yang agak besar. • Goreng sehingga ia berubah warna keemasan. • Angkat dan letakkan serbuk lada lada hitam sebagai tambahan rasa. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]