WABAK Covid-19 telah menyebabkan kita tidak boleh melancong ke luar negara dan perlu duduk di rumah dalam usaha melandaikan penularan virus itu. Atas sebab itu, rangkaian makanan segera kegemaran ramai, KFC sentiasa mencari peluang menawarkan menu menarik dalam memastikan rakyat Malaysia dapat merasai kenikmatan melancong ke luar negara menerusi makanan.ARTIKEL BERKAITAN: Demi hargai pelanggan, Airasia Food tawar harga hidangan hanya 1 sen! Kali ini, KFC membawa kita semua menggembara ke Bali, Indonesia menerusi menu terbaharu mereka KFC Balinese Crunch. Hanya untuk waktu terhad, menu itu bakal membawa anda ke destinasi pelancongan terkemuka itu dengan rasa pedas-pedas, masam-masam yang menyaluti ayam signature Hot & Spicy. Terliur, bukan? Menariknya, KFC Balinese Crunch menggunakan pelbagai herba, rempah ratus, dan ramuan tradisional termasuk daun limau purut kaffir, serai, pes udang, perasa bawang merah sitrus istimewa, dan banyak lagi. Rasa pedas masam akan membuatkan anda teringat kepada keindahan Bali. Menu baharu ini bakal merangsang keseluruhan persepsi deria rasa anda – ianya sekaligus pedas, masam, masin, dan manis dengan setiap gigitan rangup! [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Aktiviti melancong mungkin mengambil masa untuk kembali normal, namun tidak semestinya anda tidak boleh pergi ke destinasi idaman. "Mari melancong ke Bali dengan KFC Balinese Crunch baharu, dicipta khas untuk mengubat kerinduan melancong anda, dari keselesaan rumah anda," kata Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia, Chan May Ling. Bermula RM15.99, anda boleh dapatkan KFC Balinese Crunch melalui 3 pilihan: (1) Kombo 2-ketul, (2) Kombo 3-ketul, dan (3) Box Meal yang turut menawarkan Burger Zinger. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!