suria

Pertama kali makan nasi ambeng Singapura di Dulang Kafe... memang sedap, aroma ayam lemak cili api membangkitkan selera!

Nasi ambeng Singapura antara hidangan signature di Dulang Kafe.

NASI ambeng mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi dan menjadi kegemaran ramai kerana keunikan serta rasanya yang enak.

Makanan tradisi masyarakat Jawa Tengah ini sudah menjadi menu tradisi terutamanya ketika majlis keramaian masyarakat Jawa di Malaysia terutamanya di Johor, Selangor dan selatan Perak.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak makan macam-macam tapi tak perlu rentas banyak negeri? Jangan risau... Ini 10 tempat makan best, semuanya di Muar

Keunikan nasi ambeng ini sudah tentunya terletak pada pelbagai jenis lauk-pauk asli Jawa kering yang dihidangkan dalam sebuah talam dan biasanya dikongsi bersama rakan dan keluarga.

file7iseguy3rxw2z8pb369

Nasi ambeng Singapura, Johor dan lontong kering antara kegemaran pelanggan.

Jika ada yang teringin menikmati nasi ambeng, bolehlah berkunjung ke Dulang Kafe yang terletak di Kelana Jaya yang menghidangkan sajian ini selain beberapa menu lain yang cukup membuatkan anda rambang mata untuk membuat pilihan.

Tetapi antara yang paling istimewa adalah nasi ambeng Singapura yang cukup berbeza dengan nasi ambeng Jawa atau dari Johor.

Jika nasi ambeng Johor dihidangkan bersama beberapa jenis lauk-pauk termasuk ayam masak kicap, ikan masin dan mi goreng namun berlainan pula dengan nasi ambeng Singapura.

Ia dihidangkan bersama ayam lemak cili api yang aromanya cukup membangkitkan selera selain memberi kelainan dan rasa berbeza kepada nasi ambeng yang biasa dimakan.

file7iseghitiwn18d7nr368

Mohd Haikal dan isteri, Su'ad Jehan Mohd Suhaimi pemilik cawangan di Kelana Jaya.

Selain itu, lauk-pauk sampingan lain tidak jauh beza seperti nasi putih siam wangi, rendang daging, sambal goreng, serunding, begedil dan timun serta sambal belacan.

Ia bukan sahaja enak tetapi memberi peluang kepada pelanggan merasai kelainan nasi ambeng apatah lagi Dulang Kafe memang berkonsepkan hidangan tradisional dalam mengangkat budaya masakan nusantara iaitu Melayu-Jawa-Singapura.

Pemilik Dulang Kafe cawangan Kelana Jaya, Mohd Haikal Abdullah, 52, berkata, pihaknya memang mengetengahkan konsep makanan nusantara dan tradisional selain konsep makan dalam dulang di mana ia boleh dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan.

file7isegnwnotealaf3369

Lontong kering cukup enak.

"Di Lembah Klang sebenarnya agak sukar mencari nasi ambeng yang benar-benar asli dan di Dulang Kafe dapat memberi peluang kepada pelanggan merasai masakan autentik" katanya.

Tidak hanya nasi ambeng Johor dan Singapura, di Dulang Kafe juga turut tampil dengan pelbagai menu lain seperti nasi jenganan iaitu gabungan nasi putih siam wangi, ayam kicap, serunding, begedil dan kuah jenganan yang cukup membangkitkan selera.

Bagi yang menggemari lontong kering ia juga turut dijual di sini dan paling menarik sup tulang merah bersama roti Perancis antara kegemaran pelanggan.

Tidak ketinggalan nasi Bukhari yang menggunakan beras basmathi serta dihidangkan bersama-sama kambing bukhari, ayam masak merah, dalca, acar dan papadom.

file7isegilmbvc16pq14369

Suasana restoran yang cantik berkonsepkan nusantara.

Bersesuaian dengan konsep makan dalam dulang, pengunjung mempunyai pilihan sama ada ingin mengambil set single mahupun dulang yang boleh dikongsi bersama empat ke lima orang.

Sebagai contoh set single nasi ambeng berharga RM22 manakala set dulang RM79, sup tulang merah RM23, nasi bukhari set single RM35, dulang RM129.

Dalam perkembangan lain, Dulang Kafe turut membuka peluang perniagaan dan mencari rakan niaga untuk mengembangkan jenama Dulang Kafe dengan pelaburan serendah RM258,000 termasuk menyediakan kelengkapan kafe, latihan berterusan meliputi pemantauan kualiti, konsep dan idea.

Nama restoran: Dulang Kafe

Alamat: Kelana Centre Point, A-150, Jalan SS 7/19, SS7, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Waktu perniagaan: 10 pagi - 9 malam (tutup setiap Isnin)

Laman sosial: Dulang Kafe (Facebook) & @dulang_kafe (Instagram)

Artikel Lain