RAYA kembali lagi!
Dalam suasana kita menyambut Aidiladha dengan penuh kemuliaan dan keinsafan, pastinya turut terhidang juadah untuk dijamu bersama keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan.
Lemang, ketupat dan rendang antara hidangan wajib yang menjadi pilihan ramai.
Bagi mereka yang tidak pulang ke kampung, atau hanya beraya di bandar, tidak perlu risau... mStar senaraikan 10 lokasi 'tip top' untuk jualan dan tempahan lemang di Lembah Klang.
Senang, tak payah pening kepala pusing-pusing cari gerai lemang. Tunggu apa lagi? Siapa cepat, dia dapat.
Lemang Daun Lerek Greenwood.
1. Lemang Daun Lerek Greenwood
Bukan daun pisang seperti kebiasaan, keistimewaan Lemang Daun Lerek Greenwood menggunakan daun lerek. Daun lerek yang digunakan mereka dibekalkan daripada masyarakat Orang Asli di beberapa kawasan seperti Gombak dan Hulu Langat. Malah Orang Asli di Janda Baik, Pahang juga membekalkan daun lerek untuk lemang.
Antara lain yang turut dijual ialah rendang basah iaitu ayam dan daging, manakala rendang kering terdiri daripada daging kering pucak ubi, ayam dara pucuk ubi, burung puyuh dan itik. Selain itu, serunding dan dendeng juga boleh didapati di sini.
Alamat: Jalan Batu Caves, Kampung Tengah Lembah Gombak di Batu Caves, Selangor
Waktu operasi: Dibuka setiap hari, 8 pagi hingga 10 malam
Instagram: lemangdaunlerek
Lemang Power.
2. Lemang Power
Menjual lemang pulut putih, namun apa yang menarik adalah rendang hijau yang ditawarkan. Keistimewaan rendang hijau ini ialah ia menggunakan cili padi.
Alamat: Jalan Budiman, Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur
Waktu operasi: 8 Julai (Jumaat) sehingga 11 Julai (Isnin). Dibuka 10 pagi – 12 tengah malam
Facebook: Lemang Power
Lemang Bonda Subang.
3. Lemang Bonda Subang
Bukan biasa-biasa di hari raya, Lemang Bonda Subang turut menjual lemang jagung selain lemang pulut putih dan lemang pulut hitam. Itulah keistimewaan mereka.
Lemang Bonda Subang turut menjual rendang daging, rendang ayam, ketupat nasi dan ketupat palas. Menariknya, mereka hanya menjual lontong daun pisang pada Sabtu sahaja (9 Julai) sempena Aidiladha.
Alamat: Lot 3424, Jalan Bukit Badak, Kampung Melayu Subang di Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: 8 Julai (Jumaat) sehingga 17 Julai (Ahad). Dibuka 10 pagi - 12 tengah malam kecuali Sabtu beroperasi 24 jam.
Facebook: Lemang Bonda Kg Subang
Lemang Tok Janggut Kg Kerinchi.
4. Lemang Tok Janggut Kg Kerinchi
Lemang yang cukup berlemak, resipi daripada peniaga yang dikenali sebagai Tok Janggut sejak mengusahakannya lebih 15 tahun.
Lemang Tok Janggut Kg Kerinchi menjual pelbagai jenis lemang iaitu pulut putih, pulut hitam dan janggung. Ia turut menjual rendang ayam dan daging serta serunding.
Alamat: Bukit Kerinchi di Bangsar South, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 8 Julai sehingga 17 Julai (Ahad). Dibuka 4 petang hingga 3 pagi
Facebook: Lemang Tok Janggut Kg Kerinchi
Lemang Magazine.
5. Lemang Magazine
Menjual lemang pulut putih, bagaimanapun Lemang Magazine turut membuka tempahan bagi lemang pulut hitam, jagung dan kacang merah. Turut dijual adalah rendang daging dan serunding daging.
Alamat: Lingkaran Alam Damai, Alam Damai, Cheras dan SS17/2, Subang Jaya
Waktu operasi: 7 Julai (Khamis) hingga 10 julai (Ahad)
*Bergantung kepada stok. Dibuka 12 tengah hari hingga 7 malam
Facebook: Lemang Magazine
Lemang Shake Shake.
6. Lemang Shake Shake
Selain menggunakan resipi turun-temurun, Lemang Shake Shake juga tidak melekat dan tidak perlu dibelah untuk mengeluarkan lemang dari buluh. Hanya goncangkan saja! Begitulah penangan nama Lemang Shake Shake.
Tetap dimasak menggunakan kayu api, Lemang Shake Shake menjual lemang pulut putih, termasuk sajian redang daging.
Alamat: Kg Jawa Batu 18 di Hulu Langat, Selangor
Waktu operasi: 8 Julai (Jumaat) hingga 9 Julai (Sabtu). Dibuka 8 pagi hingga 6 petang
Instagram: lemangshakeshakeresepibonda
Facebook: Lemang Shake Shake
Lemang Asli Pak Din.
7. Lemang Asli Pak Din
Keistimewaan Lemang Asli Pak Din adalah membakar lemang di dalam tong. Walaupun tidak membakar menggunakan relau seperti kebiasaan, tetapi masih mengekalkan bau seperti dibakar dengan kayu. Hanya beroperasi sempena hari raya sahaja.
Alamat: Persiaran Pekeliling 43650 Kajang, Selangor. (Waze: Lemang Asli Pak Din)
Waktu operasi: 8 Julai (Jumaat) hingga 12 Julai (Selasa), 9 pagi hingga 12 tengah malam
Facebook: Lemang Asli Pak Din
8. Lemang Warisan Pak Hamid
Wow! Ada lemang cheese, lain daripada yang lain di Lemang Warisan Pak Hamid. Selain lemang biasa, turut dijual adalah lemang pulut hitam, lemang pulut hitam campur jagung. Bagi lemang cheese pula, ia juga boleh didapati dengan campuran jagung. Fuh memang terangkat!
Selain pelbagai jenis lemang, turut dijual adalah rendang daging dan rendang ayam.
Alamat: Blok A Lembah Subang Fasa 1 (depan kedai makan kak ros nasi campur) Wase: Klinik Kesihatan Lembah Subang
Waktu operasi: 8 Julai (Jumaat) hingga 10 Julai (Ahad).
Facebook: Lemang Warisan Pak Hamid
Pak Ali Lemang Asli.
9. Pak Ali Lemang Asli
Gerai ini terletak di lebuh raya MRR2 dan beroperasi setiap hari. Selain lemang, rendang ayam dan rendang daging, Pak Ali Lemang Asli turut menjual ketupat palas.
Pak Ali Lemang Asli turut menjual beberapa jenis kuih seperti batang buruk, baulu, loyang dan kuih karas. Tapai pulut turut dijual di sini.
Alamat: Jalan MRR2, Batus di Ulu Klang, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari dibuka 8 pagi hingga 10 malam. Sempena Aidiadha, 9 Julai (Sabtu) dan 10 Julai (Ahad). Dibuka 7 pagi sehingga 12 tengah malam.
Facebook: Pak Ali Lemang Asli
Lemang 12.
10. Lemang 12
Gerai Lemang 12 Taman Medan sudah mula beroperasi selama 24 jam sehingga pagi raya! Menurut Facebook Lemang 12 Taman Medan, orang ramai perlu merancang waktu pembelian bagi mengelak barisan beratur yang panjang.
Alamat: PJCC, Jalan PJS 2 di Petaling Jaya, Selangor (depan Restoran Salai Salai)
Waktu operasi: Kini beroperasi 24 jam sehingga pagi Aidiladha (10 Julai)
Facebook: Lemang 12 Taman Medan
Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI