SAMPAI sanggup beratur panjang!
Begitulah penangan manisan kunafa yang kini viral sehingga hangat diperkatakan.
Bagi mereka yang tertanya-tanya apa itu Kunafa, ia merupakan sejenis manisan tradisional dari Timur Tengah.
Kunafa mengandungi keju seperti mozarela dan cheddar dan ditabur dengan kacang pistachio.
Tapi best sangat ke kunafa viral? Bak kata orang, belum cuba belum tahu.
Kunafa rangup dan berkrim. foto instagram kunafacrisp
Berikut adalah lokasi pilihan kunafa yang menjadi sebutan ramai:
1. Kunafa Crisp
Bukan sekadar rangup, kunafanya juga sangat berkrim. Maka tidak hairanlah orang sanggup beratur panjang untuk merasainya.
Alamat: Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur (berdekatan dengan McDonald's Bukit Bintang)
Waktu operasi: 2 petang hingga 2 pagi
Instagram: Kunafacrisp
Kunafa di Kampung Baru. foto instagaram papa_kanafa_kl
2. Papa Kanafa
Biarpun dijual di tepi jalan di Kampung Baru, tapi tetap menjadi pilihan dan trending. Orang kata cheesenya membuatkan ramai terliur.
Alamat: Kampung Baru, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 5 petang hingga 10 malam
Instagram: Papa_Kanafa_KL
Chef Faez menyajikan kunafa. foto Cheffaez
3. Cheffaez Kunafa
Menjadi tarikan di sini adalah tukang masaknya sendiri iaitu Chef Faez yang juga viral chef di Malaysia. Siap boleh buat demonstrasi flip kunafa di hadapan pelanggan.
Alamat: Jalan Inai, Imbi di Kuala Lumpur
Waktu operasi: 10 pagi hingga10 malam
Instagram: Cheffaez
Kunafa di Al-Amar Lebanese Cuisine. foto GrabFood
4. Al-Amar Lebanese Cuisine
Berkonsepkan fine dining, anda tak perlu beratur panjang untuk menikmati kunafa. Rasanya tetap sama, ia menjadi pilihan buat mereka yang mahu keselesaan.
Alamat: Level 6, Pavilion Kuala Lumpur
Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam
Facebook: Al-Amar Lebanese Cuisine
jug
Kunafa juga boleh didapati di medan selera. foto instagram habibi_kunafa
5. Habibi Kunafa
Bukan di gerai tepi atau restoran, sebaliknya kunafa juga boleh didapati di medan selera. Sambil menikmati makanan lain mengikut pilihan masing-masing, anda juga boleh merasai kelazatan pelbagai jenis kunafa di sini.
Alamat: Aras 2, Food District, 1 Utama di Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam (Food District)
Instagram: Habibi_Kunafa
Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI