SEJAK kebelakangan ini, ramai yang berkongsi video makan 'oyster' atau tiram mentah sehingga trending. Disebabkan semakin menjadi kegilaan ramai, ada segelintir yang berkongsi 'port' yang menawarkan tiram mentah untuk dinikmati pada harga yang jauh lebih murah. Lokasi-lokasi ini semestinya diserbu kerana ramai yang ingin mencuba tiram mentah memandangkan lazimnya harga makanan laut itu agak mahal. Namun begitu, dalam keseronokan dan keghairahan kerana tidak mahu ketinggalan mencuba makanan tersebut, ramai yang terlepas pandang aspek kualiti sehingga tidak menyedari termakan tiram mentah yang sudah tidak segar. Sebenarnya tidak salah untuk mencuba makanan yang menawarkan harga rendah, namun sebagai pengguna, anda tidak boleh berkompromi aspek yang satu ini kerana ia melibatkan soal kesihatan dan nyawa. ARTIKEL BERKAITAN: Lebam, sebab tu murah? Ramai dakwa keracunan makanan selepas makan oyster viral, kesian TikToker buat reviu pun terkena tempias Bagi mengelakkan situasi tersebut, di sini mStar kongsikan tip bagaimana mahu memastikan tiram masih dalam keadaan segar seperti yang dikongsikan oleh cef tamu Masterclass, Food & Hotel Indonesia, Cef Gildas Perin. Cangkerang yang tertutup rapat dan sukar dibuka menandakan tiram masih segar. 1) Aroma masih segar Cara paling mudah untuk mengetahui kesegaran tiram adalah melalui aromanya. "Tiram yang masih berkualiti berbau segar, tidak berbau busuk," kata Gildas. Jelasnya lagi, bau tiram yang tidak segar biasanya boleh dihidu serta-merta tanpa membuka cangkerang. 2) Cangkerang sukar dibuka. Cara kedua untuk menentukan kualiti kesegaran tiram ialah melalui kekuatan cangkerangnya. Jika cangkerang tiram terasa keras dan sukar untuk dibuka, bermakna kualitinya masih baik. 3) Cangkerang tidak rosak Lihat cangkerang tiram. Pastikan ia tidak retak atau berlubang di beberapa bahagian. Ini kerana bahagian kulit tiram yang rosak membolehkan bakteria masuk lalu mencemarkan isi tiram. 4) Berat Tiram segar biasanya berat dan 'berisi' kerana masih mengandungi air. Cuba ketuk kulit tiram yang masih tertutup dan dengar bunyi yang dihasilkannya. Jika bunyi ketukan seperti 'kosong', bermakna isi tiram telah dehidrasi. 5) Warna isi tiram Isi tiram segar masih lembut apabila disentuh dan berwarna 'solid'. Jika isi tiram sukar disentuh, berwarna cerah dan lut sinar, bermakna daging tiram tersebut tidak segar lagi. - Kompas.com Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI