HIDANGAN tradisi masyarakat Mexico sememangnya lazat dan menjanjikan rasa yang unik. Sebut sahaja nama hidangan seperti taco, nachos, burrito, quesadilla dan sebagainya, semestinya ia 'kena' dengan tekak rakyat negara ini sehingga ramai yang menyerbu cawangan jenama makanan segera popular itu, Taco Bell. Terbaharu, Taco Bell bakal menemui peminatnya dengan menu baharu yang lebih 'kick', Quesarito. Quesarito adalah gabungan antara quesadilla yang mewah dengan keju dengan menu signatur burrito, sekaligus mencipta pengalaman rasa unik yang pasti menggembirakan peminatnya. Lebih banyak cawangan Taco Bell akan dibuka di Lembah Klang. Quesarito dipenuhi dengan daging berperisa bersama nasi Mexico istimewa, digabungkan dengan sos berperisa, sos keju nacho dan krim masam yang menyimbangkan rasa bagi menu terbaharu ini. ARTIKEL BERKAITAN: Taco Bell buka cawangan pertama di Malaysia, ketahui 5 fakta menarik mengenainya Untuk melengkapkan hidangan, bahan ramuan ini kemudiannya dibalut dalam tortilla panggang dengan keju cair. Menu Quesarito bakal menemui orang ramai pada September depan, di mana ia boleh didapati di semua outlet dalam waktu terhad sahaja. Bukan sahaja menu baharu, Taco Bell Malaysia juga bakal membuka lagi sebuah cawangan terbaharu di IOI City Mall tidak lama lagi, di samping beberapa cawangan lain di Lembah Klang yang juga di dalam perancangan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI