suria

Resipi terung sambal bilis memang kena dengan tekak Melayu, nampak simple sedar-sedar dah 3 kali tambah nasi

Wanita kongsi resipi terung masak sambal berlada bilis dengan cara mudah.

ADA hari tertentu kita rasa seperti sudah buntu mahu masak apa untuk makan di rumah.

Bagi yang masih tercari-cari hidangan mudah (simple) dan senang, boleh cuba resipi terung masak sambal berlada bilis ini.

Bukan sahaja kena dengan 'tekak Melayu', malah hidangan ini sudah memadai sekiranya dimakan bersama nasi putih panas-panas dan kicap.

Hantaran yang dikongsikan oleh Qasih Jue Aisya ini menjadi tular apabila ramai yang begitu teruja untuk mencubanya sendiri selepas melihat gambar-gambar dikongsikan.

Bahan mudah disediakan oleh Jue sebelum mula memasak.

Bahan mudah disediakan oleh Jue sebelum mula memasak.

Bahan-bahan:

1. Terung

2. Cili padi

3. Bawang merah

4. Bawang putih

5. Cili merah

6. Ikan bilis

7. Air asam jawa

8. Garam dan gula

Terung digoreng sehingga layu sebelum dijadikan sambal goreng bilis.

Cara-caranya:

1. Goreng terung yang dipotong sehingga layu menggunakan minyak masak yang banyak.

2. Goreng pula ikan bilis secara berasingan.

3. Kisar 'kasar' cili padi, cili merah, bawang putih dan bawang merah sebelum ditumis.

4. Selepas bahan tumis garing, masukkan terung dan ikan bilis yang telah digoreng.

5. Masukkan sedikit perahan asam jawa, garam dan gula secukup rasa.

6. Gaul semua bahan selama tiga hingga lima minit sebelum dihidangkan.

Cukup sekadar satu menu ini sahaja, tidak perlu ditambah lagi hidangan lain apabila dimakan dengan nasi putih.

Pastinya seisi keluarga makan nasi berpinggan-pinggan walaupun cuma terung masak sambal berlada bilis terhidang di meja.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain