suria

Tak sangka ada bufet makanan kampung ‘padu’ di TTDI! Bayar RM62, makan sepuasnya aneka sajian nostalgia

Restoran ini sesuai untuk penggemar masakan kampung dan Melayu asli.

RAMADAN kembali lagi dan semestinya ramai masih tercari-cari lokasi yang sesuai dengan selera dan beberapa kriteria lain yang sesuai untuk berbuka.

Bagi yang bercadang untuk berbuka bersama ahli keluarga atau rakan-rakan, apa kata anda bawa mereka ke Restoran Puteri Pencala.

Mengetengahkan menu berkonsepkan kampung dan masakan Melayu asli, berbuka puasa di sini pasti membuatkan anda rambang mata untuk memilih sajian yang mahu dinikmati.

WhatsApp Image 2024-03-14 at 11.39.38Pelbagai lauk pauk kampung disajikan khas untuk berbuka.

Tahun ini, terdapat sehingga 60 jenis hidangan disediakan termasuklah lauk pauk, kuih muih, sate, kambing bakar dan aneka minuman.

Selain keenakannya yang sudah diakui ramai, harganya juga amat berpatutan iaitu RM62 untuk dewasa, RM35 kanak-kanak dan RM53 untuk warga emas.

Bagi pelanggan yang baru mahu mencuba, restoran ini diusahakan oleh penulis lirik popular, Datuk Habsah Hassan.

Sajian terkenal di sini termasuklah daging salai masak lemak, ayam padang, masak lemak siput sedut, asam pedas tenggiri, kerabu jantung pisang dan tidak lupa juga menu yang digemari ramai, laksa Johor.

Penulis juga tidak melepaskan peluang berbuka puasa di sini dan apa yang dapat dikatakan, nasi putih apabila dimakan dengan daging salai masak lemak bersama sambal belacan serta ulam ulaman yang disediakan memang padu!

WhatsApp Image 2024-03-14 at 11.38.53Ramai memilih restoran ini kerana sajian kampung yang enak, ruang makan selesa dan harga berpatutan.

Bercerita tentang sambal, restoran ini tidak hanya menyediakan sambal belacan sebaliknya menyajikan pelbagai pilihan lain seperti sambal tempoyak, petai ikan bilis, sambal penyet dan banyak lagi.

Tekstur daging salai yang lembut dan kuah masak lemak yang pekat serta pedas yang tidak keterlaluan pasti membuatkan anda pulang ke rumah dengan rasa puas hati.

Laksa Johor juga tidak menghampakan. Bayangkan kua panas dan pekat dituang ke atas mi yang ditabur ulam ulaman segar, pasti tak cukup semangkuk. Bagi anak jati Johor yang rindukan rasa asli menu ini, pasti tak menyesal berbuka di sini.

Hidangan popular ketika Ramadan iaitu kambing bakar,juga ada di sini yang mana kelembutan dagingnya tidak perlu dipertikai, ditambah pula dengan ramuan perapan istimewa.

Restoran ini terkenal dengan hidangan laksa johor dan masak lemak siput sedut.

Restoran ini terkenal dengan laksa Johor dan aneka menu kampung.

Selera Nostalgia Ramadan Bufet yang bermula pada 13 Mac hingga 7 April turut menyediakan aneka pemanis mulut yang mengiurkan seperti lompat tikam, sagu gula Melaka, rojak buah, bubur kacang hijau dan banyak lagi.

Restoran Puteri Pencala yang terletak di Jalan Datuk Sulaiman Taman Tun Dr Ismail juga menyediakan suasana makan yang selesa, nyaman dengan kemudahan tempat letak kereta yang luas, surau, bilik peribadi.

Kalau nak tahu apa lagi yang menarik di restoran ini boleh layari https://www.puteripencala.com/reservation.html

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain