suria

Ayam Mak-Mak Cili Api bangkit selera ketika berbuka, raikan keunikan rasanya bersama yang tersayang

Menu Ayam Mak-Mak Cili Api tersedia di The Chicken Rice Shop sehingga 12 Mei.

KEDATANGAN bulan Ramadan kali ini diserikan dengan menu istimewa terbaharu oleh rangkaian restoran popular The Chicken Rice Shop (TCRS).

Diinspirasikan daripada juadah Malaysia yang kaya dengan rasa, TCRS memperkenalkan menu Ayam Mak-Mak Cili Api untuk penggemar setianya.

Juadah ini bukan sahaja dikeluarkan untuk bulan Ramadan, sebaliknya akan terus tersedia di seluruh negara sehingga 12 Mei.

Baru-baru ini, mStar sempat mencuba keenakan menu terbaharu itu yang pastinya bakal membangkitkan selera anda terutama ketika berbuka puasa.

Ayamnya bukan sahaja rangup, malah saiznya juga akan membuatkan pelanggan kekenyangan selepas iftar.

Paling istimewa tentunya kuah berwarna kekuningan yang disiram atas ayam, sesuai dimakan bersama nasi panas dan hidangan sampingan lain di TCRS.

WhatsApp Image 2024-03-05 at 6.37.31 PM

Kah Yong teruja memperkenalkan menu istimewa itu yang pastinya menjadi kegemaran ramai.

Menariknya, hidangan istimewa ini tersedia menerusi tiga set berbeza iaitu Set Ucu, Set Mak Ngah dan Set Bonda.

Sesuai dimakan bersama rakan atau keluarga, set ini turut dilengkapi menu seperti Nyonya Pai Tee, rojak Pulau Pinang serta minuman istimewa yang dibeir nama Air Tangan Kak Long.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bdh, Wong Kah Yong, pihaknya teruja untuk memperkenalkan menu-menu itu bagi membolehkan para pelanggan mengeratkan hubungan melalui makanan.

"Kami teruja untuk memperkenalkan keenakan rasa hidangan ala masakan di rumah buat para pelanggan kami.

"Sama ada anda meraikannya bersama keluarga, teman atau insan tercinta, rasa nostalgia Ayam Mak-Mak Cili Api pastinya akan menyentuh hati anda," ujarnya.

Selain menjamu selera di outlet-outlet TCRS di seluruh negara, menu istimewa ini juga tersedia untuk mereka yang mahu menggunakan khidmat penghantaran ke rumah masing-masing.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain