TELUR masin boleh dianggap sebagai perasa tambahan yang lazat ketika kita menjamu selera. Kebiasaannya makanan ini dihasilkan daripada telur itik namun telur itik ada kalanya agak sukar untuk diperoleh dan lebih mahal. Jangan risau, melalui perkongsian Are Peace di laman Facebook, ada dikongsikan alternatif untuk membuat telur masin sendiri di rumah dengan menggunakan telur ayam. Lebih murah dan jimat, rasanya tetap sama sedap. Ayuh kita lihat! Proses menyediakan telur ayam menjadi telur masin. Bahan-bahan: 1) Telur ayam 30 biji 2) Garam kasar satu kilogram 3) Air secukupnya (Agak-agak sehingga kesemua telur boleh tenggelam) Langkah-langkah: 1) Masukkan garam kasar dan air ke dalam periuk, masak atas api sehingga garam menjadi larut. 2) Sejukkan dahulu larutan garam tersebut, kemudian baru masukkan telur ayam. 3) Letakkan di tempat yang gelap seperti di dalam kabinet dapur. Biarkan selama 14 hari (penting supaya kuning telur menjadi oren seperti telur masin biasa) 4) Cukup 14 hari, tukar air rendaman dengan air biasa. Kemudian boleh simpan di dalam peti sejuk. Apabila nak makan baru rebus. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube