BERITA baik kepada mereka yang meminati sajian Korea autentik! KyoChon 1991 Malaysia menawarkan tawaran hidangan makan tengah hari dengan harga berpatutan serendah RM20.90. Lebih menarik setiap pesanan anda dijanjikan untuk tiba ke meja dalam tempoh 10 minit. Jadi anda tidak perlu lagi tergesa-gesa untuk menikmati juadah makan tengah hari kerana risau sekiranya kesuntukan masa. Tawaran ini boleh didapati pada hari bekerja bermula daripada pukul 11 pagi hingga 3 petang di cawangan KyoChon 1991 iaitu The Gardens Mall, IOI City Mall, Sunway Pyramid, Pavilion Kuala Lumpur dan MyTown KL. Antara menu makan tengah hari yang disediakan adalah Set Ayam Bulgogi (RM20.90), Set Salad Salsal (RM24.90), Set Japchae (RM27.95) dan Set Bibimbap Ayam Tanpa Tulang (RM27.95). Pengurus Pemasaran KyoChon 1991 Malaysia, Nic Tai berkata tawaran sedemikian dilancarkan kerana menyedari keperluan pelanggan. "Ini adalah sesuatu yang baharu dan menarik yang kami cuba tawarkan kerana kami tahu setiap orang sedang berlumba dengan masa ketika waktu makan tengah hari. "Para pelanggan bakal menerima pampasan baucar makanan percuma jika menu makan tengah hari tidak disajikan dalam tempoh 10 minit. "Tawaran ini akan diperluas ke outlet lain tidak lama lagi," kata Nic Tai. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube