suria

Jantung pisang berbirat hitam selepas direbus, di mana silapnya? Cuba teknik ini, pasti berkesan

Ada teknik merebus jantung pisang agar nampak cantik.

JANTUNG pisang sememangnya enak dimasak gulai, kerabu atau dibuat ulam.

Dijadikan ulam adalah penyediaan paling mudah iaitu dengan cara merebus dan kemudian cicah dengan sambal belacan.

Cuma apabila jantung pisang ini direbus, ia sering kelihatan berbirat hitam sesudah ditus daripada air rebusan.

Jangan risau, rupanya ada teknik rahsia yang dikongsikan Razilah Said di laman Facebook untuk memastikan jantung pisang ini cantik hasilnya selepas direbus.

Ayuh kita lihat satu-persatu bagaimana caranya.

1) Didihkan air di dalam periuk

2) Masukkan jantung pisang, tidak perlu dibelah

3) Masukkan garam

4) Tutup periuk

5) Biarkan jantung pisang direbus selama lima hingga 10 minit

6) Tuskan jantung pisang dan barulah dibelah. Hasilnya jantung pisang tidak akan lagi berbirat hitam

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain